suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, February 04, 2010

Rakyat yang semakin susah


"Lagi lama depa (BN) dok perintah, lagi teruk dan susah rakyat." itu bebelan dari seorang makcik yang sempat dollah dengar semasa dia membeli belah dipasar basah dikawasan kediaman dollah pagi-pagi lagi. Belum pun jam 7 pagi, belum pun matahari naik, ini parti BN/umno sudah disumpah seranah oleh rakyat marhain.

Apa sudah jadi dengan pemimpin-pemimpin komponen BN termasuk umno? Ini kerana mereka sudah tidak dapat mengawal harga barang-barang keperluan harian yang telah dinaikan secara suka hati mak bapak depa (peniaga-peniaga).

Daripada ikan bilis, telur (kelmarin harga 27 sen/biji, tapi pagi ini sudah jadi 29 sen/biji), minyak tanah, minyak petrol, minyak masak, gula, bawang, tepung gandum, gas masak, beras dan sebagainya, semuanya naik.

Apa sudah jadi dengan pemerintahan pemimpin BN dan juga parti-parti komponennya? Takkan asyik nak jadi pak turut saja dan seolah-olah menjadikan peniaga-peniaga sebagai pemimpin BN pula. Itu laa.. bila rakyat marhain kata dan maklumkan bahawa BN sudah tidak boleh memerintah lagi, kata-kata rakyat itu disanggah dan dinafikan.

Seluruh rakyat marhain tahu dan maklum yang lagi lama BN memerintah, alamatnya rakyat marhain yang dibawah akan terus mendapat susah akibat kesan kenaikan harga barangan yang tidak terkawal, dan pemimpin-pemimpin BN/umno ini seperti ingin memuaskan hati pihak-pihak peniaga sahaja.

Apa tujuan sebenar perjuangan BN/umno? Apakah mereka mahu memberikan kepuasan dan keselesaan kepada rakyat marhain yang dibawah? atau pun mahu memaksimumkan keuntungan peniaga-peniaga? Mana satu pilihan BN/umno?

Sehubungan dengan itu dollah yang mewakili bagi pihak rakyat marhain yang susah, ingin mendesak supaya penguatkuasa undang-undang yang berkaitan agar mengambil tindakan serta-merta terhadap peniaga-peniaga yang telah menaikan harga barangan keperluan harian yang menggila-gila dan menyusahkan orang ramai yang berpendapatan rendah dan rakyat-rakyat yang susah.


dollah yankee -
Kepada Saudara Jais,GPMS yang merupakan salah satu organiser perhimpunan 'SEDAQ'(himpunan raksaksa orang melayu-islam pulau pinang) besok lepas jumaat di simpang-6, ingin dollah tanya, pasai apa tak mau buat perhimpunan bantahan kenaikan harga barangan keperluan harian? Garenti sambutan dari semua bangsa mesti hebat punya..! cuba hang try tengok..!

2 comments:

  1. Abang Dollah, the worst thing is that every morning, we are furnished with wonderful breakfast by our beloved govn " SODOMEE".......

    ReplyDelete