suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Monday, February 01, 2010

LIBERALISASI: Apa nasib kita?

Hari ini 1 hb Februari 2010. Selamat menyambut 'Hari Wilayah Persekutuan'. Lagi 1 tahun 10 bulan, negara kita akan mengalami liberalisasi sepenuhnya.

Pada tahun 2010 ini, kerajaan BN telah membenarkan 100 peratus ekuiti asing di negara kita Malaysia.

Ini bermakna jika kita tidak dapat mencabar mereka-mereka yang dari luar ini, kita akan hanyut. Kita hanyut jika kita tidak mampu untuk duduk meneruskan permainan.
*Bahasa orang putih juga sedap kalau sebut..'you will be out if you are not able to stay in the game'.. foohhh!

Kepada sahabat-sahabat yang berniaga sendiri, dollah nak ingatkan bahawa tiket untuk hidup ialah kita kena lebih kreatif dan usaha.

Kepada budak-budak sekolah yang jenis 'anak hantu', yang akan lepas SPM nanti, yang dah tau keputusan periksa mereka tu takkan kemana, yang jenis 'baloq' ... pak cik dollah nak tanya, mana hampa nak pi? apa hampa nak buat?

Bagaimana kita menyiapkan diri kita apabila pintu pagar negara dibuka sepenuhnya kepada warga asing? Kita pun dah nampak orang-orang Nepal dan Burma dah ambil alih banyak kerja-kerja pengawal keselamatan. Kalau kita ke restoran-restoran, orang pilipins dok tunggu sambut kita kat pintu, kalau chek in hotel-hotel, orang-orang pilipins ni pun dah ramai yang jadi kaunter penyambut tetamu dan 'front desk'.

Kelmarin semasa masuk ke satu tapak projek di sebelah hotel Shangrila, aku tengok yang jadi 'site supervisor' semua pakistan dengan bangladesh.

Habis semua kerja-kerja telah diambil alih oleh mereka.

Pilihan yang kita ada ialah kita mesti ubah cara kita fikir. Kita kena lebih usaha dan kreatif dalam memastikan masa depan kita. Itu yang dikatakan 'you will be out if you are not able to stay in the game' tadi tu.


dollah yankee -
Kafe do re mi di tanjung bungah pun sesuatu yang kreatif juga, tapi terpaksa diruntuhkan sebab buat atas tanah kerajaan.

No comments:

Post a Comment