suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Monday, February 08, 2010

KJ dan setiakawannya

Itu bukan mesyuarat, tapi sesi gaduh ... sudah gaduh teruk ..., hanya menunggu masa saja nak bertumbuk, itu pun nasib baik tak jadi, kalau jadi?

Itu lah keadaan sebenar semasa mesyuarat exco pegerakan pemuda umno malaysia 10 hari yang lepas sehinggakan KJ telah diusulkan agar letak jawatan dan satu pemilihan semula diadakan.

Macam biasa, gurkah politik yang kerjanya menyebarkan berita-berita yang macam ini tak tunggu lama sebab lima minit selepas selesai mesyuarat exco pemuda pada hari itu, gurkah ini sudah dapat ini berita.

Yang pelik dan menarik ialah tentang sikap suka bercakap bohong yang selalu diamalkan oleh ketua-ketua mereka.

Mereka masih cuba nak membohongi ahli-ahli pemuda mereka dengan mengatakan tidak ada perkara yang begitu yang terjadi. Tidak ada krisis kepimpinan dalam pemuda. Semua ok, semua cantik, semua elok.


dollah yankee -
yang paling BEST ialah, esoknya KJ sudah bawa ini exco yang bising-bising suruh dia letak jawatan tu makan angin dan setel kes ini di Labuan.

No comments:

Post a Comment