suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, February 11, 2010

Kasi buang sama itu presiden!

Ini ada satu berita baik buat mereka-mereka diluar sana yang merupakan ahli kepada Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang yang dibawa oleh gurkah-gurkah politik di'port'.

Dan kepada ahli-ahli yang berminat sejak lama untuk mengambil alih teraju DPMMPP boleh lah mula bekerja atau tidak pun boleh mula mengupah gurkah-gurkah ini untuk membantu.

Ini kerana nampak macam yang presiden DPMM pulau pinang sudah seperti tidak lagi dikehendaki oleh ibu pejabat.

Oleh kerana demi untuk tidak menambah keruh suasana, dan demi untuk mengambil sikap berbaik-baik semula dengan Guan Eng dan kerajaan PR Pulau Pinang, selepas NGO melayu yang diketuai oleh DPMMPP yang mengadakan satu demonstrasi jumaat lepas, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia yang dikepalai oleh Timbalan Presiden Muhammad Mahyudin Abdullah telah melakukan satu kunjungan hurmat kepada Guan Eng kelmarin dulu.

Dan part yang cukup menarik tentang kunjungan pimpinan DPMM ini ialah bila presiden DPMM pulau pinang Rizal Faris Mohiden yang merupakan antara 'mastermind' penting pada tunjuk perasaan yang kurang mendapat sambutan dari orang melayu itu, telah tidak datang sama. (Atau pun dipinggirkan dan tidak dijemput? Dengar-dengar juga kata yang kedatangan group dari KL ini langsung tidak diketahui oleh Rizal Faris)

Dalam pertemuan itu Guan Eng telah ditunjukan statistik yang tidak betul yang menunjukan orang-orang melayu (lebih kepada kontraktor-kontraktor umno) telah ditindas yang diterima oleh DPMM dari DPMMPP.

Memandangkan yang penganjur demo itu terdiri daripada kontraktor-kontraktor melayu dari umno yang dah tak senang-senang nak dapat projek macam dulu-dulu, Guan Eng pun tunjukan mereka angka-angka yang betul yang kontraktor-kontraktor melayu umno ini dah dapat, dah makan dan dah pun jadi TAIK sepanjang tahun 2008 & 2009.




dollah yankee -
Berapa banyak kontraktor melayu yang idup belakang pungkok cina disini?


Ini lah stail umno disini, kalau tak dapat, tak ada apa-apa, mereka akan BISING.

Bila Koh Tsu Koon panggil dan tanya kenapa BISING-BISING ni? BISING la sebab..tak ada apa-apa. Dan macam biasa, mulut mereka ini akan disumbat.

No comments:

Post a Comment