suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Tuesday, February 16, 2010

Kantung yang dah kering

Laporan dari Bank Negara Malaysia (BNM) yang telah dikeluarkan mengatakan yang ekonomi negara kita sedang baik dan sedang mengembang.

Tetapi mengikut analisis gurkah-gurkah politik di'port', lapuran yang dikeluarkan oleh BNM itu adalah lebih kepada lapuran yang syokk sendiri. Sebabnya lapuran itu hanyalah lapuran yang mahu menyedapkan hati orang-orang kampong, lapuran yang nak bagi makcik-makcik dan pakcik-pakcik kat felda-felda yang tak tau apa-apa, duduk senang hati.

Kalau orang-orang dibandar dan rakyat-rakyat marhain yang tahu kedudukan ekonomi, mereka tahu bahawa ekonomi negara kita masih lagi sakit dan masih belum sembuh ekoran kelembapan ekonomi dunia yang melanda sejak dua tiga tahun lepas.

Kementerian Kewangan yang tugasnya memberi peruntukan untuk rakyat-rakyat melalui jabatan-jabatan dan kementerian-kementerian juga telah diberitakan kelam kabut dan lintang pukang dalam cara-cara nak membahagikan peruntukan-peruntukan yang telah diluluskan kepada jabatan-jabatan dan kementerian-kementerian ini. Ini kerana sekejab dibagi, kemudian ditarik balik, lepas tu bagi pula tapi sikit sangat, ada juga yang telah dibatalkan. Hinggakan banyak KSU kementerian merungut, tapi mereka merungut secara diam-diam laa ... tak berani nak bersuara.

Lapuran dari gurkah-gurkah politik ini juga ada menyebut, ada juga peruntukan untuk jabatan dan kementerian yang telah diluluskan tetapi telah ditarik balik dan dipahamkan telah disalurkan pula ke suatu tempat untuk kemudahan kerajaan BN menjalankan pelbagai program bagi 'menyelamatkan' UMNO/BN yang dah pun nyawa-nyawa ikan.

Kalau kita perasan ... kempen untuk PRU-13 parti UMNO/BN telah pun dimulakan secara intensif sejak hari mula baru 2010 lagi. Oleh itu semua peruntukan untuk jabatan dan kementerian yang telah dikurangkan dan peruntukan yang ditarik balik dan yang dibatalkan itu dikabarkan telah dan akan digunakan untuk kempen PRU-13.

Kempen 'UMNO Juara Rakyat' yang sedang rancak dijaja diseluruh negara itu adalah inti dan ingridian utama kempen PRU-13 UMNO/BN.


dollah yankee -
"Negara jadi papa tidak lah mengapa, yang penting pemimpin boleh bergaya"

No comments:

Post a Comment