suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Saturday, February 20, 2010

'Hug for Peace'

ini bukan gambar Zul Nordin sedang berpeluk dengan Jeff Ooi, ini hanyalah sekadar gambar hiasan.Tapi rasanya macam ni lah kot adegan peluk itu.
Ada dua sebab untuk penyokong-penyokong Pakatan Rakyat bergumbira pada pagi ini.

Pertama PR semakin kuat sehingga menyebabkan BN/UMNO tak senang duduk dan melancarkan serangan bertubi-tubi dari depan, belakang, kiri, kanan, atas dan juga bawah. Dan jika jika serangan secara 'gerila' ini tidak dibuat terhada PR, bermakna pada PRU-13 nanti...Assalamualaikum lahh BN/UMNO jawab nya.

Yang keduanya, perselisihan faham dan perbezaan pendapat antara PKR dan DAP sudah dikira selesai. Sebelum ini Zul Nordin yang menyerang DAP dan Jeff Ooi secara terbuka dimana telah menggesa supaya mengkaji semula kedudukan DAP dalam Pakatan Rakyat, telah 'buka meja ' di Seoul,Korea.

Kedua-duanya Zul Nordin dan Jeff Ooi yang sedang berada di Seoul untuk satu jemputan persidangan dikatakan telah bertemu selepas majlis makan tengahari dan berbincang panjang, dimana akhirnya Zul dan Jeff Ooi telah berpeluk erat hingga mendapat tepukan bergemuruh dari lain-lain Ahli Parlimen PR yang juga berada disana.


dollah yankee -
... aku tak berapa percaya dengan Zul Nordin ni pasai dia ni pun champion juga kalau bab wayang-wayang

No comments:

Post a Comment