suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, February 28, 2010

Hampir 40 darjah

Macam mana suasana politik Malaysia yang panas, macam tu lah juga dengan keadaan cuaca di Malaysia pada hari ini... panasss, sangatlah panas.

Panasss...
Damn bloody hot...
It must be 40 degree out side there...
Itu lah antara ungkapan-ungkapan biasa dari rakyat Malaysia yang sering dapat kita dengar sejak cuaca panas yang luar biasa ini melanda terutama di negeri-negeri di utara tanah air.

Buktinya ada dimana-mana, mereka yang sedang berada dijalan-jalan di ibu kota dan bandar-bandar besar tidak lekang dengan payung dan topi. Kalau kita ke kompleks-kompleks membeli belah, penuh dengan orang ramai yang sedang melarikan diri dari haba kepanasan.

Sawah-sawah padi kering, banyak pokok-pokok diladang-ladang getah daunnya sudah bewarna merah dan gugur ke tanah akibat kekeringan, manakala alat penghawa dingin di pejabat-pejabat mahu pun dirumah-rumah terpaksa membuat kerja lebih masa.

TNB juga telah mencatitkan penggunaan tenaga elektrik yang banyak akibat dari penggunaan berpanjangan unit-unit penghawa dingin ini.


dollah yankee -

sekurang-kurangnya ia mengingatkan kita akan kepanasan di Akhirat nanti ...

1 comment:

  1. Dollah,
    Ada juga shopping kompleks yang tak dak ekon pun orang pi jugak... apasal ye?

    ReplyDelete