suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Tuesday, February 02, 2010

09hb., Nizar kah? atau masih Zamri?


Hari ini 2 hb., suhu politik di negeri Perak panas semula sebab tinggal lagi satu minggu sahaja mahkamah akan menentukan siapakah Menteri Besar Perak yang sah.
(*Whattt..? MB yang sah? Selama ni Zamri 'colgate' ni MB haram lah ye..?)

Internet, blog politik dan forum-forum politik, kedai-kedai kopi, dalam masjid menunggu masuk waktu, driver-driver teksi ketika menunggu penumpang, dipenuhi dengan segala macam punya bentuk teori dan andaian tentang apa keputusan mahkamah nanti.

Keputusan mahkamah pada 09 hb., nanti adalah merupakan 'final level' untuk Nizar dan Pakatan Rakyat negeri perak menuntut keadilan agar perak dikembalikan kepada Pakatan Rakyat.

Jika mahkamah menafikan hak Pakatan Rakyat, maka pakatan rakyat perlu bersabar dan yang penting ialah terus buat kerja 'non stop' untuk ambil semula perak pada pilihanraya umum yang akan datang, yang tak lama lagi.

Yang paling menarik bila ada gurkah politik dari sana yang membuat kunjungan hormat kepada gurkah politik disini telah berkata, sudah dua kali pejabat MB itu bertukar tuan dan kali ini sudah panas dengan cakap-cakap yang pejabat MB itu sekali lagi akan bertukar tuan.


dollah yankee-
orang umno kata nizar kemalangan dekat banggunan umno sebab kena sumpah oleh orang melayu, cina-cina kata nombor kereta Nizar 8851 ialah 'phat phat ng yat' (hari-hari ada nasib), manakala 'bookie' judi awal-awal sudah 'tip' dekat dollah agar jangan letak taruhan terhadap Nizar dalam keputusan mahkamah nanti.

No comments:

Post a Comment