suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Wednesday, January 06, 2010

Your Highness..is everything okay?



Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah...perumpamaan itu masih tetap sinonim dan masih lagi releven dengan orang-orang melayu kita.

Zalim kah baginda Tuanku Sultan Kelantan sehinggakan sanggup Menteri Besar Tuan Guru Nik Aziz menyanggah dua kali titah perintah dari baginda tuanku sultan yang memerintahkan TG Nik Aziz mengadap baginda di Singapura.

Biarpun dua kali titah perintah mengadap dari tuanku sultan, namun TG Menteri Mesar tidak memberikan sebarang reaksi. Apa sebab dan kenapa TG Nik gagal menurut titah perintah tuanku sultan tidaklah diketahui.

Tidaklah diketahui sama ada duli tuanku murka atau pun tidak dengan sikap 'no action' dari TG Nik Aziz ini, tetapi kekecewaan baginda akan kegagalan TG Nik Aziz mengadap telah dizahirkan oleh Tengku Temenggung Kelantan, Tunku Muhamad Fakry.

Tentu ada perkara besar yang ingin dibincangkan atau dititahkan baginda sultan kepada Menteri Besar, jika tidak tak kanlah sampai dua kali baginda tuanku sultan memerintahkan TG Nik Aziz mengadap baginda.

Gurkah-gurkah politik di'port' telah mengandaikan yang kemungkinan titah perintah mengadap kepada TG Nik Aziz dibuat mungkin sebab ini http://dollahyankee.blogspot.com/2010/01/is-everything-okay-everything-alright.html
atau mungkin juga kerana kerajaan negeri Kelantan telah mengeluarkan kenyataan versi yang mengelirukan dimana Menteri Besar mengumumkan yang tahap kesihatan baginda yang sedang mendapatkan rawatan di Singapura sedang berada pada tahap kritikal, sedangkan Tunku Muhamad Fakry memberitahu bahawa ayahanda baginda sedang beransur sembuh dengan cepat dan diluar jangkaan mereka.

dollah yankee -
Gurkah-gurkah politik tertanya-tanya kenapa tidak pernah ada sebarang gambar Tengku Makota melawat tuanku sultan?

No comments:

Post a Comment