suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Tuesday, January 26, 2010

Selesaikan segera isu ini ...


Selagi isu kalimah Allah tidak diselesaikan, Umno hanya akan terus dipinggirkan, akan terus tengelam.

Anda boleh lihat sendiri kenyataan -kenyataan daripada pemimpin dan ketua-ketua Umno, tidak ada satu pun yang sama nada dan tone.

Pada yang suka dan mahu 'play safe' dalam survival politik, mereka menyerahkan bulat-bulat kepada proses mahkamah sedangkan Tun Mahathir awal-awal lagi dah bagi 'warning' yang isu kalimah Allah ini tidak boleh diselesaikan melalui proses undang-undang.

Apa kah mereka yang berada didalam Umno hari ini tidak nampak kebenaran kata-kata Tun Mahathir itu?

Apabila timbul suasana sukar ini, akhirnya Perlembagaan Negara yang kita agungkan dan sanjung selama ni tidak akan mampu untuk menyelamatkan kalimah Allah ini daripada digunakan oleh penganut agama lain.


dollah yankee -
tetap kata yang hanya Tun Mahathir saja yang tahu macam mana nak 'sekolahkan' mereka yang menimbulkan perkara ini.

No comments:

Post a Comment