suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Friday, January 22, 2010

'Perahu Naga'


Kemalangan maut ketika latihan 'perahu naga' ahad lalu diselat pulau pinang telah membuatkan parti pembangkang (BN) dengan ketuanya Azhar Ibrahim, yang pernah tunjukan bontotnya pada sidang DUN lalu pula tak tunggu lama untuk melepaskan geram terhadap Kerajaan Negeri PR yang di ketuai Lim Guan Eng.

Azhar Ibrahim dengan seronok telah menyalahkan Kerajaan Negeri PR pada kejadian itu kerana telah membenar dan membiarkan pasokan-pasokan perahu naga menjalankan latihan mereka di- 'open seas'.

Lalu pagi tadi, seorang rakan kepada seorang gurkah politik di 'port', telah mempertahankan Kerajaan Negeri PR dari dipersalahkan.
(Azhar Ibrahim ni, dia main serbu. Haram apa 'bala yellow' pun tak tau pasal sukan perahu naga)

Sahabat ini sebenarnya adalah 'orang lama' dalam sukan perahu naga, dan pasokan terakhir yang diwakilinya ialah pasokan dari Ban Hin Lee Bank.(25 tahun punya dok dayung!)

Beliau telah bercerita panjang perihal sukan perahu naga ini, dan sepanjang 25 tahun penglibatannya dalam sukan ini, tidak pernah sekali pun dia dan pasokannya mengalami kemalangan. Begitu juga dengan pasokan sekolah Chung Ling ini yang telah bermain dan berdayung di- 'open seas' ini selama 3 tahun tanpa sebarang kemalangan.

Menurut sahabat ini, apa yang perlu bagi seorang krew perahu naga ini ialah dia mesti mampu untuk berenang sekurang-kurangnya sejauh 50 meter, dan sebelum krew-krew memulakan dayungan, krew-krew ini hendaklah mengapungkan diri mereka dalam air dan menggerak-gerakan kaki selama 3 minit.

Mereka juga perlu pandai membaca keadaan cuaca dan keadaan laut sebelum memulakan dayungan.

Dan dalam sukan perahu naga ini, 'kod' untuk ombak besar dan ribut di panggil 'white horse'.

Dan sekiranya 'white horse' ini menghampiri bot, mereka hendaklah mengayuh dan melintangkan bot ini daripada membuat pusingan 'u' untuk berpatah balik.

Dan jika anda memakai jaket keselamatan sekali pun, arus dibawah laut yang kuat boleh menarik anda kebawah. (Sahabat ini telah mengandaikan ini yang telah terjadi kepada pasokan sekolah Chung Ling ini)

Yang penting mesti pandai berenang, dan itu adalah asas utama untuk anda menjadi krew pasokan perahu naga.

dollah yankee -
Azhar ni, semasa kes jambatan di Kuala Dipang, tak pula kata apa-apa ...

No comments:

Post a Comment