suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, January 21, 2010

'No Money? No Talk'

Sungguh sedih berita dari Batu Feringhi yang dibawa oleh gurkah politik pada pagi ini.

Seorang hamba Allah yang telah di 'diagnose' dengan saluran jantungnya yang tersumbat, dan pihak hospital yang sepatutnya memberikan rawatan terbaik untuk rakyat ini (dah dok canang kata 1Malaysia,RAKYAT DIDAHULUKAN), tetapi memandangkan pihak hospital yang mempraktikan moto 'No Money,No Talk' maka hamba Allah itu pun MATI kerana gagal mendapatkan wang sebanyak RM 19,000.00 seperti yang dimahukan oleh pihak hospital bagi melakukan pembedahan tersebut.

Puncanya adalah cukup simple...! BIROKRASI

Allahyarham adalah seorang pekerja disebuah hotel, dan telah dimaklumkan yang dia perlu menyediakan wang sebanyak 19,000 untuk melakukan pembedahan bagi menyelamatkan nyawanya itu.

Setelah gagal mencari wang sebanyak itu, pihak hospital telah mencadangkan agar memohon pengeluaran daripada caruman EPF(bagi tujuan kesihatan) dibuat.

Dan apa yang perlu EPF lakukan ialah cukup senang dan mudah, mengeluarkan satu surat jaminan daripada EPF kepada hospital mengatakan yang wang simpanan itu boleh dikeluarkan untuk menyelamatkan nyawa si arwah pada pembedahan itu.

Tapi jangan kata surat!, kertas kosong pun tak dak!

Dah laa hamba Allah ni sakit, kena pula ke sana-sini, naik tangga turun tangga pejabat hospital, naik lif turun lif pejabat EPF, jumpa kawan tu jumpa kawan ni ... last sekali? Surat jaminan entah kemana, duit tak dapat dia pun MATI!.

Tau EPF kata apa? ... "Kami simpati dengan kematian Ahmad".


dollah yankee -
YANG DAH MATI, duit dapat tak berhenti-henti datang dari pihak kerajaan, datang dari Kuala Lumpur bawa DUIT untuk keluarga simati. DUIT derma dari sektor swasta, DUIT derma dari tokey-tokey, DUIT dari kerajaan negeri dan banyak lagi saluran.

Yang dok idup, dok cari duit tak mau MATI , pun boleh MATI sebab tak dapat cari DUIT.

Wow ! indah dan cantik sungguh bagaimana rakyat didahulukan.

No comments:

Post a Comment