suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, January 17, 2010

NAIK LAGI !


Ini berita yang gurkah politik di-'port' dapat semasa breakfast dengan tokey kilang roti yang terkenal di Jalan Transfer,Pulau Pinang yang harga roti akan naik bila-bila masa dalam masa dua minggu lagi


Kilang-kilang roti di Pulau Pinang kini sedang bersiap sedia menunggu arahan untuk menaikan harga roti dalam masa satu atau dua minggu lagi kerana kenaikan kos-kos bahan-bahan membuat roti seperti telur, cheese, tepung, bahan pengawit dan bahan penaik.

Tokey kilang roti ini juga memberitahu yang pembekal yang membekalkan cheese dan bahan pengawit membuat roti calcium propionate telah memberikan notis untuk menaikan harga bahan-bahan itu minggu depan.

Yang lain-lain yang telah naik kosnya ialah marjerin, ragi dan juga kos pengangkutan.

Tokey itu kata yang ini adalah sebahagian dari senarai panjang kenaikan harga barang selepas kenaikan harga gula dan selepas subsidi roti putih yang telah dihapuskan.

Tokey ini juga telah menerima senarai harga baru bagi barang-barang membuat roti daripada pembekalnya dan akan berkuatkuasa dalam masa dua minggu lagi.


dollah yankee -
teringat satu cerita dari gurkah yang tun mahathir masa jadi pm dulu, makan roti yang harga 53 ringgit.

No comments:

Post a Comment