suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Wednesday, January 27, 2010

'KICKDEFELLA' sila cuba lagi !

Gurkah politik di'port' telah menobatkan TG Nik Aziz sebagai 'Man of The Year 2009'
TG Nik Aziz ni seorang pemimpin politik yang cukup cekap berpolitik dan dah lali dengan tohmahan dan sepak tendang politik walaupun kena gasak dengan macam-macam isu.

Selagi Tuan Guru Nik Aziz ikhlas mentadbir Kelantan dengan cara yang baik, tohmahan yang dilemparkan kepada Tuan Guru ini rakyat anggap ada lah perkara biasa dalam dunia politik.

Bagi tiga suku semua bangsa rakyat negeri Kelantan, TG Nik Aziz adalah merupakan pemimpin yang luar biasa, bukan saja sebagai pemimpin politik tetapi juga sebagai pemimpin ugama yang cukup dihormati.

Penghormatan rakyat negeri Kelantan terhadap TG Nik Aziz sangat tinggi walaupun banyak isu yang cuba dibangkitkan oleh blogger http://kickdefella.wordpress.com mengenai PBMK dan ia langsung tidak menjejaskan sokorangan rakyat kepadanya.

Bagi sebahagian rakyat yang tidak berkenan kepimpinan TG Nik Aziz seperti 'KICKDEFELLA' ini, akan menggunakan pelbagai isu negatif bagi menunjukan pentadbiran dan pemerintahan beliau tidak telus.

Bagi rakyat yang macam 'SYED AZIDI' yang sudah bertukar pendirian sokongannya terhadap TG Nik Aziz, isu yang berlaku dianggap telah menjejaskan kredebiliti TG, tetapi tidakkah 'KICKDEFELLA' ini tahu yang apa yang dibangkitkan tidak pernah mengurangkan sokongan dan keyakinan rakyat kepada TG?


Isu penyelewengan dan nepotisme yang ditimbulkan 'KICDEFELLA' dan lain-lain blogger yang anti-PAS/PR dalam pemerintahan TG Nik Aziz tidak langsung menjejaskan imej kerajaan negeri Kelantan.

Isu-isu kontroversi yang sengaja ditimbulkan itu tidak memberi kesan besar jika dibandingkan dengan penyelewengan dalam negara yang jauh lebih besar dan sensitif yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno/BN.

Dakwaan seperti TG menerima kek bernilai 500 ringgit akhirnya jadi bahan lawak begitu juga dengan kes seperti penajaan buat haji.

Asakan demi asakan yang terhadap kerajaan Kelantan dan TG Nik Aziz tidak menggugat kepercayaan politik orang ramai kepada TG Nik Aziz apabila beliau masih meraih populariti berbanding pemimpin parti politik lain.

Data dari gurkah-gurkah politik di PWTC telah menunjukan sokongan terhadap TG Nik Aziz dan kerajaan negeri Kelantan meningkat sebanyak 8 hingga 12 peratus (kepada 73.6 peratus) pada November tahun berbanding 63 peratus pada PRU 2008.


dollah yankee -
'KICKDEFELLA' pun boleh juga dikategorikan sebagai 'Gurkah Politik'

No comments:

Post a Comment