suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, January 14, 2010

Kalau jolok MyKad,tak kena duit ka..?



'Chip' yang terdapat pada MyKad kita semua, yang mana ianya akan digunakan di pam stesen minyak untuk pengguna-pengguna kenderaan terus mendapat 'hak kita' dalam bentuk subsidi petrol sebenarnya adalah sesuatu yang mudah patah dan boleh rosak jika terguris, terkena bahan-bahan kimia seperti gam, akibat lembapan dan juga jika terdedah kepada cahaya matahari.

Macam juga 'chip' yang ada pada kad-kad ATM atau kad-kad kredit, chip MyKad adalah sejenis benda berteknologi tinggi yang sensitif.

Kalau ada masa cuba lah pergi 'check' MyKad tuan-tuan di pejabat JPN untuk pastikan yang chip MyKad tuan-tuan boleh guna atau 'tak boleh pakai'.

Jika ia rosak, patut diganti untuk mengelakan daripada menghadapi masalah dalam mendapatkan 'hak kita' dalam bentuk subsidi petrol bermula pada 1 Mei nanti.

Pengguna-pengguna kenderaan perlu memasukan MyKad kedalam mesin pam untuk pengesahan pengenalan diri dan jumlah subsidi yang layak diperolehi apabila skim baru subsidi petrol dilaksanakan nanti.


dollah yankee -
Ada kah ini cara yang terbaik?

No comments:

Post a Comment