suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Monday, January 04, 2010

Is everything okay, everything alright, everything fine ...?




Bloggawan http://tukartiub.blogspot.com (TT) memang tak salah bila telah menasihatkan kita semua, jika kita nak paham tentang sesuatu suasana yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar kita yang ada, kita mesti membacanya secara terbalik.

Satu Malaya tahu tentang salah paham yang terjadi diantara Tengku Temenggung Kelantan, Tengku Muhd Fakry dan abangnya Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhd Faris.

"Everything in the royal household was fine" said Tengku Temenggung.

Dan jika kita ikut saranan TT supaya kenyataan itu dibaca secara terbalik, maka jadilah "Everything in the royal household was NOT FINE".

Dan jika kenyataan itu bersambung seperti ini ... "I have no problem with my brother. Everything in the Kelantan Palace is alright and everything is okay" he told reporters.
MAKNAnya ... "I HAVE PROBLEM with my brothers. Everything in the Kelantan Palace is NOT ALRIGHT and is NOT OKAY".

IF EVERYTHING ALRIGHT, IF EVERYTHING OKAY ... it shouldn't be like this ...

... dimana sepucuk surat dari baginda Tuanku Sultan telah dihantar kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Aseri Alias, mengeluarkan beberapa arahan dari Tuanku Sultan untuk dipatuhi. Dan antara arahan itu ialah, membatalkan segala arahan dan anugerah-anugerah yang telah diberikan oleh Tengku Mahkota selaku pemangku Sultan Kelantan, bermula dari 25 Mei 2009.

Antara kandungan surat juga itu mendakwa, yang tuanku Sultan tidak pernah merestui dan memperkenankan apa-apa juga tindakan dan keputusan-keputusan yang dibuat oleh Tengku Mohd Faris selepas dilantik untuk memangku jawatan Sultan negeri Kelantan.

Tuanku Sultan juga telah mengarahkan supaya menarik balik gelaran Datuk yang telah diberikan kepada lapan individu termasuk SUK, Ketua Polis Datuk Abdul Rahim Hanafi dan Ketua Penyelaras Istana Kelantan Datuk Abdul Halim Hamad.

Surat itu juga telah memberi tempoh masa satu bulan untuk SUK dan pihak yang berkuasa yang berkenaan untuk bertindak diatas arahan baginda Tuanku Sultan dan mengarahkan semua pengesahan terhadap tindakan-tindakan yang perlu itu, di fax kan kepada satu nombor di Kuala Lumpur sebelum jam 9 pagi 31 Januari 2010.

dollah yankee-
..... macam-macam laa.. !!!

No comments:

Post a Comment