suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Tuesday, January 05, 2010

Harga gula dijangka naik lagi

NAIKnya harga gula sebanyak 20 sen pada tiga empat hari yang lepas sebenarnya hanyalah 'the beginning' kata orang puteh.

Dan ketika bersembang dengan seorang tokey cina pemborong gula tadi, tokey cina ini kata harga gula dijangka naik ke paras tinggi kepada RM2.45 sekilogram.

Harga sekarang ialah RM1.65 sekilogram (RM1.75 kg di Sabah dan Serawak).

Tokey cina ini adalah merupakan seorang AJK negeri Pulau Pinang kepada "Federation of Sundry Goods Merchants Association of Malaysia".

Beliau yang baru pulang dari Kuala Lumpur selepas sama-sama menyibuk ketika wakil-wakil persatuan ini mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna berkata kerajaan sedang bercadang untuk mengurangkan lagi subsidi gula secara beransur-ansur.

Tokey cina ini kata lagi, kalau apa yang wakil-wakil kementerian itu cakap betul dan jadi kenyataan, maka dia tak terkejut kalau harga gula dalam masa lagi enam bulan boleh mencecah RM2.45 sekilogram.

Dia juga ada cakap dekat wakil-wakil dari kementerian itu yang buat masa sekarang selepas kenaikan 20 sen, ianya masih lagi boleh diterima oleh pengguna (walaupun dengan hati bengkak), tapi kalau lah naik lagi sampai RM1 untuk menjadikan RM2.45 sekilogram, tak tau lah macam mana reaksi pengguna nanti. (Lu pikir laa sendiri...)


dollah yankee -
Selalunya maklumat dari tokey-tokey cina macam mereka ini lah yang dijadikan panduan oleh gurkah-gurkah politik di 'port'.

No comments:

Post a Comment