suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Monday, January 25, 2010

Dimana keris UMNO?






Saja ... dok tak dudok, gurkah politik sudah teringat tentang apa sudah jadi dengan keris yang sering digunakan oleh Hishamudin untuk mengucup pada majlis-majlis anjuran mereka.

Ada gurkah politik yang baru balik dari PWTC kata, keris yang selalu dikucup itu sudah mula berkarat sebab sekarang sudah tidak ada siapa pun yang berani bawa keris itu ke majlis-majlis umno, apa tah lagi sampai nak kucup keris itu dikyalayak ramai.

Ini gurkah sudah buat 'lawak' bila dia kata yang ketua-ketua umno yang dulu suka kucup keris ini, sudah fobia. Sebab lepas kucup itu keris, cakap pula bersemangat macam perjuangan ala hang jebat yang naik hantu nak menuntut bela, mereka terpaksa menyusun jari sepuloh meminta maaf daripada orang hindu dan cina kerana telah menyinggung perasaan mereka dengan adegan-adegan ini. (apa punya turrr ...!)

Sayang sekali, keris itu sepatutnya di letak dalam satu bingkai yang cantik dan dijadikan hiasan, tetapi mereka tidak terfikir untuk melakukannya.

Khabarnya keris tersebut sudah tidak boleh dicabut dari sarungnya sebab telah berkarat di dalam sarung kerana sudah lama tidak dicabut keluar dari sarung.

Gurkah-gurkah politik ini sudah cadang(sambil gelak besar kah..kah..kah..) kepada KJ supaya dalam program 'UMNO Juara Rakyat' yang akan datang, dibuat satu segmen dimana KJ akan menyintok limaukan keris itu untuk dikembalikan semula semangatnya.


dollah yankee -
Keris ini masa tempah dulu, mesti mahal punya harga dia


No comments:

Post a Comment