suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Monday, January 18, 2010

Bas Sekolah FREE!


Ong Tee Keat sudah cergas awal dalam mahu pertahankan dia punya kerusi politik iaitu kerusi Parlimen Pandan daripada terbabas pada pilihanraya umum ke-13 yang akan datang.

Ong Tee Keat juga sudah buat langkah tepat untuk memancing undi dan sokongan bila dia kata dia lebih mementingkan keselamatan rakyat yang tergolong dalam golongan orang susah dan golongan yang berpendapatan rendah. Dia juga tidak mahu mereka menyalahi undang-undang lalu dia akan memberikan khidmat bas sekolah percuma untuk mereka.


Sebenarnya langkah yang diambil Ong Tee Keat ini adalah hasil buah tangan kepala otak seorang gurkah politik di-'port' yang telah jual modal ini kepada Ong Tee Keat. Berapa dia dapat $$$ dari Ong Tee Keat dia tak cakap.

Modal gurkah ini hanyalah merakam bagaimana suasana ketika rakyat-rakyat yang dalam golongan orang susah dan berpendapatan rendah ini, yang merupakan pengundi-pengundi hardcore berdaftar di parlimen Pandan, tidak mampu untuk membayar kos perkhidmatan bas sekolah dan anak-anak mereka yang dari dua ke tiga orang terpaksa membonceng satu motosikal (sudah tentu tak pakai helmet) untuk menghantar mereka ke sekolah.

Kemudian buat tiga empat interview dengan pengundi-pengundi ini yang dok cerita kesusahan mereka, maka lahir lah perkhidmatan dua buah bas sekolah percuma untuk kemudahan anak-anak pengundi-pengundi yang berpendapatan rendah dan mereka yang tergolong dalam kumpulan orang susah ini daripada ahli parlimen Pandan,Ong Tee Keat dan dapat lah pengundi-pengundi ini berjimat.


dollah yankee -
nak dapat undi bukan susah... kepala otak mau panjang sikit...!

No comments:

Post a Comment