suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, December 03, 2009

zorro unmasked posting (Klik disini)

Betul lah apa yang cuba diungkapkan oleh blogger zorro unmasked tentang Menteri Kewangan II itu.

Beliau sebenarnya telah diberi tanggung jawab untuk menjaga dan mengendalikan pakej rangsangan ekonomi kedua.

Telah dikhabarkan yang banyak Ketua-Ketua UMNO Bahagian telah berjumpa beliau untuk mendapatkan kerja-kerja pembanggunan dalam pakej rangsangan ekonomi kedua itu dengan menggunakan tiket-tiket sebagai Ketua UMNO Bahagian dan bukanya cuba untuk dapatkan kerja-kerja itu melalui tiket sebagai Kontraktor berwibawa yang banyak membangunkan projek-projek pembanggunan dengan jayanya.

Dan setelah melihat bagaimana Husni ini telah menjalankan tugasnya dengan mengikut buku dan telah mengecewakan ramai orang-orang politik kerana gagal untuk mendapatkan projek-projek itu, ketua-ketua UMNO bahagian ini telah menyuarakan rasa tidak puas hati dan sedang berusaha dengan apa juga cara untuk meracun kepala otak Najib agar Husni ini dikeluarkan atau pun dengan bahasa pasarnya, Husni ini patut dibuang saja!





dollah yankee-
Apa motif bekas Ketua UMNO Bahagian Jelutong yang selalu dilihat saban waktu asyik berkepit dan mengepit Husni ini kemana saja beliau pergi?

No comments:

Post a Comment