suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, December 17, 2009

TT Kembali ... (Bukan Tukar Tiub)




Selain Tengku Ismail dari Johor, Tengku Temenggong Kelantan adalah anak-anak raja yang menjadi idola bagi gurkah-gurkah politik disini.

TT atau Tengku Temenggong ini kini kembali mewarnai medium-medium berita dengan kes terbaru dimana baginda telah menyaman kekanda sendiri.

Baginda telah menjadi begitu 'famous', 'in the news', 'headlines' dan mula digilai banyak anak-anak gadis dan perempuan-perempuan bila kesnya dengan isteri, Manohara Pinot menjadi bahan-bahan berita.

Kali ini beliau kembali 'in the news' setelah mencabar kekandanya sendiri berhubung dengan namanya yang telah dipotong daripada senarai waris yang ketiga untuk naik takhta memerintah Kelantan.

Menurut gurkah-gurkah politik di 'port', antara Tengku Mahkota Tengku Mohd Faris Petra dan Tengku Temenggong Tengku Mohd Fakhry Petra, Tengku Temenggong ini lebih dikenali ramai dan cukup disukai rakyat Kelantan kerana sifatnya yang dianggap berjiwa rakyat.


dollah yankee -
TT ini 30 kali handsome dari Bung Mokhtar Radin dari Kinabatangan!

No comments:

Post a Comment