suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, December 27, 2009

Semakin hari semakin menarik cerita enjin Jet F5E ini.

Tak ada sapa pun yang boleh bawa keluar dua enjin yang begitu berat keluar dari TUDM base, hantar pergi Port Klang untuk dihantar ke negara ketiga dan berakhir di Argentina.

Apakah pihak TUDM mahu kita semua percaya yang kecurian itu langsung tidak melibatkan anggota dan pegawai peringkat tinggi?

Kalau menurut Pak Haji Google, enjin Jet F5E itu, koman-koman pun berat adalah 200 kilo satu, dan untuk menaikan enjin itu ke dalam lori, ia memerlukan krane kalau tak ada forklift.

Tentulah tidak ada orang yang mampu untuk menyakinkan kita semua bahawa perancangan kecurian ini telah dilakukan oleh anggota-anggota peringkat bawahan, merancang dari peringkat permulaan kecurian sehinggalah ke proses mencari pembeli, masukan dalam kontena, hantar ke pelabuhan dan ship-out enjin jet itu.

Enjin jet itu adalah satu mesin yang cukup sopistikated dan hanya orang yang berpengetahuan tinggi dan luar biasa sahaja tentang nilai dan bagaimana ia berfungsi, mampu untuk membuat kerja-kerja mencuri itu.

Kecurian itu telah memalukan kita semua sebagai rakyat malaysia, dan telah mendapat liputan meluas hampir seluruh dunia, hingga timbul cerita mengatakan nilai enjin jet tersebut hanya lah RM 7 juta pada harga pasaran semasa dan bukanlah nilainya sebanyak RM 50 juta sepertimana yang didakwa. (untuk contoh sila ke http://www.speednews.com/ untuk mengetahui harga yang sanggup dibayar pembeli untuk enjin jet jenis itu).

Gurkah-gurkah politik di 'port' yang merupakan pembayar cukai, berhak untuk mendapatkan jawapan tentang misteri kecurian enjin ini, dan juga meminta pihak SPRM turut masuk campur kerana sangsi kerana, apakah ada terdapat unsur-unsur rasuah semasa pembelian ini atau telah 'overpaid' untuk enjin itu?

dollah yankee -
sampai hari ini tertanya-tanya kenapa Najib sudah terlepas cakap kata 'no cover-up'

No comments:

Post a Comment