suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, December 20, 2009

Nazri Aziz & 'Selamat Tinggal Bunga Ku'



Pada hari-hari terakhir Tun Mahathir sebagai perdana menteri, kedudukan Nazri Aziz dalam kabinet dan dalam politik cukup lemah.

Bila Dollah zzz... ambil alih perdana menteri, Nazri betul-betul ingat yang dia akan memulakan satu langkah baru dalam politik, dan ini lah peluangnya yang terbaik untuk menunjukan kejantanan dan keberaniannya yang sebenar.

Namun dia bukanlah antara yang disukai oleh Dollah zzz..., biarpun Dollah selalu tidur namun Dollah tahu sangat perangai Nazri Aziz ni, dan hingga pada masa sekarang Najib Razak jadi perdana menteri pun Nazri bukanlah 'blue-eyed boy'.

Kerjaya politik Nazri dalam UMNO nampak seperti sudah sampai ke penghujung, namun dia tetap juga cuba untuk bergantung kepada apa-apa saja yang boleh dipegang untuk mengelakan dia dari jatuh.

Peluangnya untuk lebih kedepan dan keatas sudah tidak ada langsung.

Dan gurkah-gurkah politik di'port' kini beranggapan yang Nazri sekarang sedang mencari jalan yang elok dan penuh dramatik untuk turun.

Nazri mungkin tak berapa suka dan tak mahu lah nak ikut cara bagaimana Zaid Ibrahim keluar UMNO, pasal cara Zaid keluar tu tak dramatik langsung.

Nazri pun sedar yang kedudukan dia pada masa ini macam tergantung-gantung, jadi jangan lah kita semua terkejut kalau dia sedang cuba mengujudkan dirinya untuk menjadi bahan media sepertimana yang sedang berlaku sekarang.


dollah yankee -
Nazri ... cukup lah kot! Hang pun dah lama dahh ... Banyak juga yang hang dah angkut ...

No comments:

Post a Comment