suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Monday, December 14, 2009

Musuh nombor 1 BN



Setelah menyedari yang serangan-serangan terhadap Anwar Ibrahim dan PKR tidak menjadi, kini unit setrategi dan perancangan BN telah mengalih arah dengan mensasarkan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat sebagai target kerana telah menyedari yang orang melayu yang menolak UMNO sedang beralih sokongan kepada TG Nik Aziz dan PAS.

Dan dengan imej dan keperibadian yang ada pada TG Nik Aziz, tidak dapat dinafikan yang PAS begitu kuat buat UMNO/BN dan dengan cara mengaibkan TG Nik Aziz saja lah sekurang-kurangnya pemimpin-pemimpin UMNO/BN rasa rakyat bawahan akan termakan hasutan-hasutan yang dibuat dan dirancang itu.

ISU

- TAJAAN KE MEKAH
- PERLETAKAN JAWATAN MENANTU (ARIFFAHMI dalam PMBK)
- MENEKAN TG UNTUK MENYENARAIKAN PENGGANTI
- MENGAITKAN HUSAM MUSA
- DOA KEHANCURAN BN

TUJUAN

- ELAK TUNTUT ROYALTI MINYAK
- ELAK ISU PENGAKUAN PI BALA DARI DI-PERBESARKAN
- CUBAAN UNTUK MENGAIBKAN TG
- CUBAAN UNTUK LAMBATKAN UNITI PR DARI DIBENTUK

BN begitu bimbang dengan bermacam-macam perkara dan isu-isu moral yang membabitkan pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang sedang hangat diperkatakan rakyat-rakyat dibawah.

Dengan menyerang dan mengaibkan TG Nik Aziz mereka benar-benar berharap isu-isu yang membebankan mereka (BN) akan tertutup secara automatik?


dollah yankee -
Kah..Kah..Kah.. korekkk!..kita musti korekkk..korekk..korekk..!

No comments:

Post a Comment