suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Tuesday, December 22, 2009

DUIT...

Ini lah dunia hari ini...

Tiga adik beradik bukan saja telah tidak mahu menjaga ibu mereka yang sedang sakit semasa ibu itu masih hidup, malah mereka telah bergaduh sesama sendiri semasa di kubur selepas pengkebumian tentang harta peninggalan ibu mereka itu.

Cerita sedih ini telah diberitahu oleh pemilik rumah kebajikan untuk orang-orang tua, Muji Sulaiman, yang telah melahirkan rasa kecewanya dengan sikap tiga beradik ini.

"Mereka bergaduh tentang harta peninggalan ibu mereka sebaik sahaja selesai doa talkin dibacakan" kata beliau.

Tiga beradik itu juga telah mendesak Muji Sulaiman agar menyerahkan sijil mati ibu mereka untuk membolehkan mereka menuntut wang simpanan ibu mereka dalam ASB biarpun wanita itu telah menwasiatkan agar wang itu di dermakan kepada mereka-mereka yang memerlukan bantuan.

Muji berkata, wanita itu yang menderita kerana penyakit kencing manis dan lain-lain, telah dihantar oleh tiga beradik itu ke rumah kebajikan itu kira-kira dua tahun lalu. Mereka langsung tidak pernah datang menjenguk dan bertanya khabar tentang ibu mereka, biarpun telah berkali-kali diberitahu tentang keadaan kesihatan ibu mereka.

Tiga beradik itu hanya datang selepas ibu mereka di kebumikan dan mula bergaduh sesama sendiri tentang harta peninggalan. - dipetik dari akhbar The Star

.................................................................................

Sementara itu ...

Banyak penduduk-penduduk Taman Sri Maharani, Muar (dikatakan banyak melayu) telah mendapat duit terpijak, terima kasih lah kepada sebuah trak mengangkut sampah.

Mereka telah mempertaruhkan nombor pendaftaran trak tersebut pada kedai-kedai empat nombor ekor di kedai-kedai yang haram dan juga di kedai-kedai yang halal (Kedai ekoq pun ada halal haram?).

Nombor trak tersebut 8814 telah naik 'first prize' pada cabutan toto 4D hari ahad kelmarin.

Trak tersebut telah dibawa ke kawasan perumahan itu oleh Majlis Perbandaran Muar dan Southern waste Management selaku kontraktor mengangkut sampah pada hari ahad pagi itu untuk menunjukan demonstrasi kutipan sampah menggunakan tong sampah beroda yang baru diperkenalkan.

Pada masa itu lah kaki-kaki ekor ini semua telah menghafal nombor pendaftaran trak tersebut dan ramai yang tidak percaya bahawa telah tertulis dalam kitaran hidup mereka yang kelmarin kaki-kaki ekor ini akan mendapat duit terpijak.

Ramai yang menyangka bahawa ia adalah satu gurauan bila diberitahu bahawa nombor trak tersebut 8814 itu telah naik 'first prize', dan ada yang telah bergegas ke pekan Muar untuk membeli 'ma-piow' atau kertas keputusan dan pulang kerumah dengan gelak ketawa riang.

Dikhabarkan juga setengah daripada kaki-kaki ekor ini kelmarin pagi-pagi lagi sudah menunggu trak tersebut hanya untuk mencium dan mengucapkan terima kasih.

Trak tersebut digunakan oleh Southern Waste Management dan Majlis Perbandaran Muar untuk menunjukan demonstrasi pengutipan sampah apabila melancarkan penggunaan tong sampah beroda di kawasan perumahan ini. - dipetik dari cerita gurkah politik di'port'


dollah yankee -
gurkah ini punya saudara disana sudah kena 2 big 8 small duit terpijak ini...

No comments:

Post a Comment