suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Tuesday, December 08, 2009

Bila Chin Peng nak balik?





Satu lagi tamparan untuk Tun Mahathir selepas mempertahankan BTN dan dikatakan Tun Mahathir seorang yang 'bloody racist', dan Tun Mahathir juga sebelum ini seorang yang lantang dalam tidak menyokong dan membantah permohonan Chin Peng untuk pulang ke Malaysia.

Dan kelmarin cina-cina Malaysia melalui Persekutuan Persatuan Cina Malaysia (Hua Zong) pula telah bersuara dan tetap dengan pendirian mereka untuk mendesak kerajaan memberi pengampunan dan membenarkan Chin Peng untuk pulang ke Malaysia.

Percaya lah..pasti cina-cina Malaysia ini akan menyambut Chin Peng ini sebagai wira dan pahlawan mereka dan akan dijulang, sekiranya Chin Peng diizinkan pulang.

Aku percaya kalau lah langkah ini akan memberikan kredit kepada BN/UMNO dalam menyemarakan lagi sentimen-sentimen kebencian antara rakyat,kemudian mereka akan cuba menjadi hero untuk orang melayu, kita tunggu saja lah, mesti Najib dan Mahyudin akan memberikan 'green light' untuk Chin Peng pulang.

dollah yankee-
agak-agak..adakah Chin Peng akan buat perjumpaan dengan Najib yang sedang berada di Thailand ketika ini?

No comments:

Post a Comment