suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, November 01, 2009

Untung curi RM555 juta 1 tahun!

Pihak-pihak bank kini sedang menunggu garis panduan dari Bank Negara Malaysia berhubung dengan RM50 cukai kad kredit yang akan disamun dari kita, seperti yang diumumkan oleh Chief of Penyamun pada pembentangan bajet 2010.

Sebenarnya terlalu banyak soalan dari jawapan selepas pengumuman itu.

Menurut statistik Bank Negara Malaysia, pada ketika ini terdapat kira-kira 9.8 juta pemegang kad utama dan 1.3 juta pemegang kad supplementary kad-kad kredit yang telah dikeluarkan.

Jika mengikut kiraan makcik Som yang dok jual karipap dan serabai dekat tempat aku, berdasarkan kepada bilangan kad-kad yang telah dikeluarkan itu, kerajaan BN akan mendapat hasil samun yang bernilai RM555 juta satu tahun.


dollah yankee-
satu perkiraan yang cukup bijak, setelah kerajaan BN rugi berbilion-billion ringgit akibat kerja-kerja menyamun yang tak ikut buku sepertimana lapuran A-G's, maka kita yang terpaksa menanggung beban itu... bagus!..bagus!, it is a good move..

No comments:

Post a Comment