suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Tuesday, November 03, 2009

Tunjukan angka kereta tua penyebab kemalangan di-Malaysia

Ramai gurkah-gurkah politik di 'port' masih lagi tak puas hati dengan beberapa proposal bajet 2010 yang jelas menunjukan cubaan untuk mencuri wang dari rakyat dalam menanggung masalah dan beban kerajaan BN.

Antara yang paling jelas ialah cukai RM50.00 dan RM25.00 untuk pemegang kad-kad kredit utama dan supplementary serta kereta-kereta yang berusia 10 tahun dan lebih akan terpaksa di-luluskan oleh PUSPAKOM terlebih dulu untuk membolehkan cukai jalan dikeluarkan keatas kenderaan tersebut.

Setelah difikir-fikir, arahan yang diberikan supaya kenderaan itu perlu mendapat kelulusan puspakom terlebih dulu adalah tidak masuk akal dan tidak logik sama sekali bagi pemilik-pemilik kenderaan tua yang dimaksudkan itu disebabkan, yang pertamanya ialah kita masih lagi jauh sebagai sebuah negara maju yang memerlukan undang-undang seperti itu, yang pastinya akan membebankan bahu rakyat bawahan terutamanya yang berpendapatan rendah.

Keduanya, apakah badan-badan yang berkaitan telah menjalankan kajian mereka untuk memperakui bahawa banyak pemilik-pemilik kereta-kereta tua itu telah menjaga kenderaan mereka dengan begitu baik sekali dan kenderaan itu sentiasa dalam keadaan yang mantap. Contohnya, salah seorang 'gurkah' ini mempunyai sebuah kereta Nissan Sunny yang berusia 15 tahun, yang masih lagi memberikan khidmat yang terbaik dengan kos-kos pemeliharaan yang cukup minima, cukup ekonomikal dan langsung tidak pernah meragam.

Sepatutnya sebelum rancangan ini diperkenalkan, pihak yang berwajib haruslah menunjukan kepada awam statistik kenderaan-kenderaan tua tadi yang berusia lebih 10 tahun itu adalah penyebab kepada kemalangan-kemalangan jalan raya yang berlaku.

Apa yang rakyat bawah paham adalah, polisi ini sebenarnya bukan saja membebankan rakyat tetapi juga seolah-olah mahukan rakyat membeli kereta-kereta model baru keluaran tempatan yang kurang laku untuk menggantikan kereta-kereta tua mereka itu.

Apa kah perasaan cikgu pencen, jiran aku yang berusia 60 tahun dan pak imam mesjid dikawasan aku, bila diberitahu yang kereta tua milik mereka sudah tidak boleh lagi dipandu dan tidak boleh lagi berada diatas jalanraya? Syarikat kewangan manakah yang sanggup memberikan cikgu pencen dan tok imam ini pinjaman kewangan untuk membeli sebuah kereta model baru? Ia pasti akan menyebabkan cikgu pencen dan tok imam ini menghadapi tekanan kerana pergerakan keluarganya yang menggunakan kereta tua ini sudah pasti akan terganggu.


dollah yankee-
kalau sistem 'public transport' kita baik dan tiada masalah, tak apa lah juga.. ini sistem pun macam taik, kemudian nak suruh kita guna 'public transport'?

No comments:

Post a Comment