suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Friday, November 20, 2009

'Super Computer' for MPs

Pagi ini 'port' politik tak ada apa-apa cerita-cerita menarik yang boleh dikongsi,cuma dua tiga ahli yang agak gatal mulut ingin bertanya kepada SPRM sama ada mereka berminat untuk meninjau-ninjau tentang perkara pembekalan set-set komputer untuk semua 222 Ahli-Ahli Parlimen di Dewan Rakyat yang menelan belanja sebanyak RM 2.6 juta.

Setelah ditolak dan dibahagi, harga untuk satu set komputer termasuk upah memasang telah bernilai RM 11,916.

Keyboard dan mouse itu pula dikatakan made in china dan bukan yang jenis ada nama atau bukan branded.

Ada pula yang cuba menjolok dan menghangatkan keadaan dengan bertanya adakah tender yang dipanggil untuk pembekalan itu ada mengikut prosedur atau pun kes ini jenis panggil dan 'direct nego' dengan tanpa membandingkan lain-lain harga dari lain-lain pihak terlebih dulu?


dollah yankee-
Macammana dia punya power komputer tu pun tak tau lahh..sampai sebelas ribu lebih dia punya harga !

No comments:

Post a Comment