suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Wednesday, November 11, 2009

Sapa buat kacau,nanti kena KATOK!

Sekarang ni dalam perkara yang melibatkan politik, tak kira laa ahli politik, MP, ADUN, atau siapa saja yang duduk dalam lingkungan itu, silap langkah, silap cakap, mesti nanti kena KATOK!.

Hasan Ali dalam PAS dah kena katok, Huan Cheng Guan dalam Gerakan pun dah kena katok, Sheh Kickdefella pun baru kena katok..kah..kah..kah.., dan yang paling baru geng-geng Liow Tiong Liow dalam MCA pun akan kena katok.

Kekuatan Liow Tiong Lai akan terus lemah bila dua jawatan menteri yang diperuntukan untuk MCA, yang mana orang yang pegang jawatan ini juga telah menjadi 'bouncer' untuk Liow Tiong Lai akan jadi macam 'ayam terlepas,tangan bau taik!'.

Timbalan Menteri Kewangan Chor Chee Heung, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Wee Jeck Seng dan Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembanggunan Nasyarakat yang juga Ketua Wanita Chew Mei Fun, yang kena buang sebagai AJK Pusat (CC) minggu lepas, juga akan kena buang dari jawatan kabinet masing-masing.

Genggaman Chua Soi Lek terhadap 'teloq' Ong Tee Keat semakin kuat bila Tee Keat tepaksa mengikut telunjuk Soi Lek dengan memaksa Tee Keat untuk menggantikan Chor Chee Heung dengan anaknya (yang kalau cakap melayu pun berlaga rata), Tee Yong MP Labis sebagai pengganti Chor Chee Heung.

Cuma yang belum lagi kena katok dalam MCA ini dan sedang menunggu giliran ialah Liow Tiong Lai, sebab dia masih lagi pegang jawatan yang sama.


dollah yankee-
Tee Keat pun dah kena katok sebab kes PKFZ, tapi masih dok hidup lagi walau pun dah nyawa-nyawa ikan ...

No comments:

Post a Comment