suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Tuesday, November 17, 2009

"Round Ke-10" ?



1Malaya tahu siapa ahli politik yang telah mendapat gelaran Mat Sembab. 1Malaya juga tahu kenapa dia diberi 'title' itu oleh blogger Tukar Tiub. Sebabnya? Dia diakui sebagai orang yang sangat dan cukup-cukup susah nak senyum.

Hari jumaat lepas, Mat Sembab ni dengan cukup punya 'ranggi' telah mengarahkan ADUN Kota Siputeh yang telah 'mengulat' dari menjalankan tugas sebagai YB dengan ponteng daripada menghadiri sidang dewan undangan negeri Kedah, agar hadir pada sidang dewan undangan negeri Kedah yang bersidang pada hari ini, walau apa juga cara.

Tetapi, selepas saja hakim mahkamah tinggi memutuskan melucutkan status Abu Hasan Sarip sebagai wakil rakyat untuk DUN Kota Siputeh, serta mengarahkan pula SPR memanggil satu pilihanraya kecil yang akan menjadikannya 'fiesta' pilihanraya kecil 'Round Ke-10', Mat Sembab bertambah-tambah menjadi sembabnya. Manakala Abu Hasan Sarip terpaksa berputeh mata dan terpaksa menggunakan teropong untuk melihat sidang itu dari jauh.

Keputusan hakim cukup 'simple' dan sangat jelas dimana SPR telah bertindak secara haram dan tidak rasional dengan memutuskan tidak ada jawatan kosong untuk di-isi sebagai ADUN Kota Siputeh (meaning..no by-election) dan Abu Hasan Sarip masih tetap wakil rakyat untuk kerusi itu walaupun Speaker DUN negeri Kedah telah mensabitkan kesalahannya kerana memonteng dan mengistiharkan kerusi itu telah kosong dengan memaklumkannya kepada SPR.

Memandangkan Mat Sembab ini dijamin tak akan dan tak mampu nak senyum dari malam ini sampai lah pada hari pengiraan undi pada pilihanraya kecil 'Round Ke-10' nanti, maka ahli-ahli 'port' politik telah sepakat hendak menghadiahkan beliau satu hadiah istimewa dibawah ini...

TOPI PAKSA PEMAKAI SENYUM

CALIFORNIA: Seorang pelajar berjaya menghasilkan topi berteknologi tinggi (gambar) yang akan memaksa pemakainya sentiasa senyum.

Topi itu mampu mengesan riak wajah pemakai dan mencucuk jarum tajam ke kepala sipemakai jika berhenti senyum.

Pereka topi itu, Lauren McCarthy menyatakan, senyuman boleh membuatkan kita dan orang disekeliling kita rasa lebih bahagia.

"Topi ini adalah satu daripada siri rekaan untuk membaiki hubungan masyarakat," kata McCarthy yang kini belajar di Universiti California - Agensi
Kah..Kah..Kah..


dollah yankee -
Teringat aku akan seorang 'opis boy'(boy!? tapi umuq dah 50) di satu pejabat lawyer, awal-awal lagi dah bagi hujah yang sama seperti yang telah diucapkan oleh hakim pada keputusan itu..."SPR dok buat kerja haram bila surat speaker DUN Kedah tak di-terima pakai dan masih kekalkan Abu Hasan Sarip.." WOW !! macam hakim lahh...

No comments:

Post a Comment