suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, November 19, 2009

Kota Siputeh untuk Mat Sabu !



Pagi ini 'port' politik kami banyak bercakap tentang bakal berlakunya pesta pilihanraya kecil pusingan ke-10 untuk DUN Kota Siputeh sepertimana yang telah diarahkan oleh Mahkamah Tinggi kelmarin dulu.

Dan dengan maklumat yang telah diterima oleh gurkah-gurkah ini dan dengan kehadiran awal 'bookie-bookie' judi, peratus akan berlakunya pilihanraya kecil disana adalah tinggi biar pun UMNO/BN telah membuat permohonan rayuan.

Sehubungan dengan itu gurkah-gurkah politik ini telah membuat ketetapan dan mengusulkan kepada pihak tertinggi PAS agar calon untuk kerusi DUN Kota Siputeh itu diberikan kepada Mat Sabu yang telah dipinggirkan pada beberapa pilihanraya kecil yang lepas-lepas.

Gurkah-gurkah ini juga berpendapat bahawa ini lah masa yang cukup sesuai untuk meletakan Mat Sabu bagi mencabar calon dari UMNO/BN.


dollah yankee -
Mengikut laporan yang diterima dari Jerlun, faktor calon akan memainkan peranan penting pada pilihanraya kecil kali ini.

No comments:

Post a Comment