suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Saturday, November 21, 2009

Ketua SPRM, apa punya turr...!!!

SPRM tahan 6 ahli jawatankuasa bahagian UMNO Kota Tinggi sebab cubaan untuk merasuah kepada salah seorang ahli jawatankuasa pemuda bahagian yang dah 'resign' dengan 17 lagi ahli-ahli jawatankuasa yang lain agar menarik balik surat perletakan jawatan itu.

Tahan pula waktu semua orang tengah dok syokk tidoq, pukul 2 pagi dirumah kawan yang nak dirasuah sebanyak 40,000 ringgit itu.

Kemudian SPRM bawa pula 6 orang yang ditahan tu, simpan sekejab di penjara Air Molek pada pukul 3.30 pagi sementara menunggu pagi untuk dibawa ke pejabat SPRM.

Bila tanya dia punya ketua bahagian iaitu Syed Hamid Albar, tok arab ni sudah cakap biar lah SPRM yang uruskan siasatan itu.

Tapi... bila tanya SPRM punya ketua...dia jawab dia tak tau apa-apa, pada hal satu malaya punya peminat politik dah tau cerita ini dan sedang menjadi bahan bincang.

dollah yankee -
apa punya turr..ketua SPRM ni, sampai apa bala yellow pun tak tau, dia ni buat kerja ka tidoq ka..?

No comments:

Post a Comment