suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, November 05, 2009

'Kerana nila setitik,rosak susu sebelanga'

Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), DS Anwar Ibrahim dalam nada yang meminta maaf telah mengaku terdapat sedikit kecacatan dan sedikit perkara-perkara kekurangan terhadap calon-calon PKR, nada ini jelas merujuk kepada ADUN Port Klang Badrul Hisham Abdullah yang mana telah tiba-tiba menjadi seekor katak dengan melompat keluar dari PKR untuk menjadi ADUN Bebas yang menyokong kerajaan BN.

Anwar Ibrahim juga mengaku yang proses pemilihan calon-calon untuk untuk PRU-12 lepas adalah sedikit berbeza. Beliau juga mengaku yang pada masa dan ketika itu, ketika calon yang telah dipileh dan kemudian menang telah tidak menunjukan yang mereka itu bernilai dari segi politik, kelulusan dan juga kewajipan sebagai seorang wakil rakyat.

Anwar juga sedar dengan pengalaman yang dihadapi ini dalam hal katak-katak yang melompat akan membuatkan Pakatan Rakyat lebih peka dalam perkembangan dan 'performance' wakil-wakil rakyat PKR yang sedang berkhidmat.

Sehubungan dengan itu secara tak langsung, ini juga merupakan amaran daripada Anwar Ibrahim kepada wakil-wakil rakyat PKR supaya bersedia dengan 'performance' yang baik dan 'performance' yang diharapkan untuk berkhidmat kepada rakyat, jika tidak, mereka tidak lagi perlu menjadi katak untuk melompat kerana mereka terlebih dulu akan ditelan sang ular.


dollah yankee -
dalam politik macam zoo daa.. ada ular, ada katak, ada singa, ada monyet dan macam-macam lagi ada...

No comments:

Post a Comment