suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, November 08, 2009

Kerana berebut sebiji bola



Bola sepak bukan lah sama ada perkara hidup atau mati. Ia adalah perkara yang lebih penting dari itu.

Bill Shankly pernah berkata begitu. Kelmarin malam penyokong-penyokong 'hardcore' pasokan Kelantan telah membuktikan kata-kata lagenda bekas pemain Liverpool itu adalah benar.

Bagi mereka, iaitu penyokong-penyokong pasokan negeri Kelantan, pertandingan akhir Piala Malaysia di Kuala Lumpur adalah lebih penting daripada banjir yang sedang melanda negeri Kelantan dan juga yang telah menenggelamkan laluan landasan keretapi untuk ke-Kuala Lumpur.

Kira-kira 1000 penyokong-penyokong 'hardcore' pasokan Kelantan ini, yang datang dari segenap pelusuk telah berasak-asak dan berebut-rebut untuk menaiki satu-satunya tren untuk keluar dari Kelantan. Semua lain-lain perkhidmatan tren telah dibatalkan akibat banjir kecuali tren yang ini, yang telah di sewa khas oleh Persatuan Bolasepak Kelantan untuk membawa 1000 peminat-peminat 'hardcore' ini ke Kuala Lumpur untuk final itu.

Peminat-peminat ini sedang menunggu tren itu distesen di-Wakaf Baru dan Tumpat pada jumaat malam apabila mereka diberitahu yang landasan keretapi telah ditenggelami air dan keretapi sewa khas ini tidak dapat membawa penyokong-penyokong ini untuk sampai ke-Kuala Lumpur.

Hujan lebat yang turun sejak hari rabu lalu telah menenggelamkan landasan keretapi di-Tok Uban, Pasir Mas.

Tren yang disewa khas ini telah dijadualkan akan mengambil penyokong-penyokong ini di stesen Wakaf Baru dan Tumpat pada jam 10.30 malam, tetapi oleh kerana tren ini tidak dapat sampai di-Wakaf Baru, mereka telah memaklumkan supaya penyokong-penyokong ini perlu mencari alternatif jalan lain untuk sampai ke-stesen di-Tanah Merah dan menaikinya dari sana.

Entah bagaimana 1000 penyokong 'hardcore' ini sampai ke Tanah Merah untuk menaiki tren sewa khas dengan 10 koc yang sedang menunggu mereka itu untuk membawa mereka ke-Kuala Lumpur, tidaklah diketahui.

Akhirnya pengorbanan penyokong-penyokong 'hardcore' Kelantan ini tidak lah indah untuk dikenang, apabila Kelantan tewas 3-1 kepada Negeri Sembilan, dan oleh kerana dunia pun dah maju, maka sebahagian dari 65,000 peminat-peminat bola sepak yang memenuhi stadium ini pun telah meluahkan perasaan rasa tidak puas hati mereka dengan mengikut 'style' peminat-peminat bola sepak di-England, merusuh! dengan bom asap dan bunga-bunga api.

Melontar objek ketengah padang, membakar kerusi stadium, membakar banner dan keras-kertas itu adalah gambaran biasa dalam mana-mana rusuhan permainan bola sepak didunia ini, dan itu juga lah yang terjadi semalam sehinggalah munculnya anggota-anggota FRU untuk mengawal keadaan.


dollah yankee-
yang merupakan fanatik bola sepak 10 tahun dulu, akan merasa sesuatu yang tidak kena atau tidak ada umphh.. apabila sesuatu perlawanan bola itu tamat tanpa sebarang insiden gila-gila dari penyokong-penyokong.

No comments:

Post a Comment