suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Monday, November 09, 2009

Jawab Hasan jawab !



Hassan Ali & The Gang, harap jangan dok nga-nga lagi, jawab, anda semua kena jawab.

Dia dan geng kena buktikan yang segala tindakan mereka yang dibuat sebelum ini tidak menunjukan penentangan terhadap undang-undang parti.

Komiti disiplin PAS yang sebelum ini hanya ambil sikap tengok, kaji, dan tunggu, dah tak boleh tunggu lagi. Sebab lagi lama tunggu lagi penin, lagi sakit perut. Jadi, justifikasinya ialah, Hasan Ali dan gengnya memang ada 'kes' untuk kena jawab.

Banyak sangat kes Hasan dan geng ini, dok kata Khalid tak reti laa, Khalid tak cekap nak urus Selangor laa, cakap tak betoi pasal SELCAT dan juga ada lagi satu, dua kes yang lain.

Semasa dok kelebek buku undang-undang perlembagaan parti PAS dalam klausa tentang tindakan disiplin terhadap ahli, dapat disimpulkan yang jika kesalahan yang dinyatakan didalam surat tunjuk sebab untuk Hasan dan geng itu benar, maka hasan Ali dan gengnya terpaksalah ucap selamat tinggal kepada PAS kerana hukumannya ialah keahlian dibekukan atau pun akan di'sack'. Tapi, kalau macam dalam kes Hasan Ali ini, yang dah buat banyak orang meluat dan tak boleh pandang dia, pastinya dia akan dilucutkan segala jawatan dan 95% pasti akan kena 'sack' dari parti.

Maka betoi lah kot seperti apa yang blogger-blogger upahan UMNO dok saiko kepala otak rakyat Selangor, yang mengatakan UMNO akan ambil alih Selangor pada Januari 2010.


dollah yankee-
nasib laa hasan woiii..masalahnya ialah, selalu pakar-pakar motivasi akan anggap depa saja yang cerdik, orang lain semua bodo...

1 comment:

  1. Abang Dollah, Datuk Hassan Ali adalah duli dalam daging Pas.....sigh

    ReplyDelete