suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Wednesday, November 11, 2009

How are you "4th.floor boys"?


dulu KJ, sekarang?

Dulu, semasa Tun Dollah kaki zzz jadi PM, nama KJ cukup gah dengan "4th floor boys", sentiasa saja menjadi bahan bercerita dan bahan berita dimana-mana saja dalam Malaysia, sehinggakan ada rakyat menganggap Tun Mahathir telah melancarkan perang terhadap KJ kerana Tun terlalu meluat. Dan sampai hari ini pun Tun Mahathir tak boleh nak pandang muka dia ni.

KJ dan budak-budak tingkat empat ni cukup berkuasa, sehinggakan banyak apa-apa juga keputusan PM tentang pentadbiran negara datangnya dari sini.

Kini, selepas Tun Dollah zzz buat keputusan untuk zzz dari jawatan PM dan diganti dengan Najib Altantunya, ingatkan cerita dari tingkat empat dah habis dari menjadi bahan berita dan cerita peminat-peminat politik, rupa-rupanya tidak!. Ia masih lagi menjadi bahan yang seronok dan 'excited' untuk dibicarakan.

Ada dicerita dan dikhabarkan oleh gurkah-gurkah politik di 'port' yang tingkat empat JPM ini kini muncul kembali dalam radar politik Malaysia dengan satu watak yang lebih hebat dan lebih brutal dari KJ semasa era Tun Dollah dulu.

Peranan yang sama sepertimana KJ dulu kini diganti dan dimainkan pula oleh seorang pemain baru, tak tau laa pulak lulusan universiti mana, oxford universiti atau oxford street atau pun oxford dictionary.

Permainannya dikatakan mengganggu pelbagai rencam perjalanan pentadbiran, berperanan dalam urusan Perbendaharan Negara dan dikatakan juga mempunyai akses kepada semua bahan-bahan serta dokumen yang berkaitan.

Keghairahan dan campur tangannya yang sudah dikategorikan di'tahap kritikal' dengan mempertikaikan beberapa keputusan tertentu serta terhadap sesetengah aspek perbelanjaan tiga, empat kementerian terutama yang melibatkan dengan pembelian atau "procurement" serta pemberian kontrak dan tender, telah menimbulkan rasa gusar dan rasa resah gelisah serta tidak senang hati dikalangan pegawai tinggi kementerian.


dollah yankee-
last sekali, budak-budak ni semua yang kaya meliana

No comments:

Post a Comment