suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Friday, November 06, 2009

Cerita yang belum ada penamat



Dua, tiga hari ni, 'port' politik kebiasaan nampak begitu teruja dan begitu sibuk berdebat berhubung dengan skandal PKFZ, dan dalam pada waktu yang sama juga, Ahli-Ahli Parlimen di Dewan Rakyat, juga sedang membincangkan tentang lapuran yang sama, yang telah dikeluarkan oleh pejabat AG, termasuk juga lapuran daripada 'Azmi Khalid & The PAC Gang', yang juga telah selesai mengenterogasi kepala-kepala yang terlibat secara terus menerus didalam projek PKFZ ini.

Kini, kedua-dua lapuran itu ibarat permainan bola sepak, bola lapuran itu kini sudah di-'pass' kepada rakan sepasukan dari SPRM dan Polis.

Yang menarik perhatian gurkah-gurkah ini ialah, setelah ditolak, campur, darab dan bahagi, ada kira-kira 10 nama-nama besar yang telah muncul dan timbul macam pelampong semasa sesi interogasi oleh Azmi Khalid & The PAC Gang' ini.

Tetapi yang menjadi muskil ialah, kenapa hanya 2 nama sahaja yang kalau dianalisis secara mendalam, nampak seperti mana yang 2 orang ini akan dikorbankan untuk menanggung segala permasalahan yang tak ada endingnya ini.

Tertanya-tanya lagi gurkah-gurkah ini, bagaimana pula dengan nasib 8 lagi nama-nama besar yang telah disebut dalam lapuran interogasi 'Azmi Khalid & The PAC Gang' itu.

Gurkah-gurkah politik di'port' ini, yang walau pun sekolahnya tak sampai universiti, tetapi mereka juga tahu benar skop tugas 'Azmi Khalid & The PAC Gang' ini hanya lah membuat tugas interogasi sama ada terdapat salah guna kuasa atau tidak terhadap mereka yang bekerja dengan kerajaan dan agensi-agensi kerajaan, manakala selebihnya adalah tugas SPRM dan Polis. Oleh itu diharap 8 nama-nama besar ini janganlah lari meninggalkan Malaya.


dollah yankee-
sementara itu gurkah-gurkah ini telah menerima satu maklumat yang satu lagi skandal yang lebih besar dari PKFZ akan meletup. Nampaknya gurkah-gurkah ini sentiasa didepan dalam berita-berita sensasi termasuklah berita dimana Chor Chee Heung akan dipancung Ong Tee Keat yang telah keluar 1 minggu sebelum Jawatankuasa Pusat MCA (CC) bermesyuarat. Bagaimana ya mereka ini lebih pantas?

No comments:

Post a Comment