suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, November 15, 2009

Ariffahmi Abdul Rahman



Kalau suatu ketika, tidak lah lama dulu, Tun Dollah zzz.. dengan menantu kesayangan, siapa lagi kalau bukan 'the famous' si-KJ, sering tidak putus-putus menjadi bahan kontrovosi dengan pelbagai isu yang melibatkan pak mentua dan menantu dalam radar politik tanah air.

Kini tempat KJ itu nampak macam akan diambil alih oleh Abdul Ariffahmi, menantu TG Nik Aziz, yang juga merupakan CEO PMBK (Perbadanan Menteri Besar Besar Kelantan) iaitu satu subsidari Kerajaan Negeri Kelantan.

Ariffahmi 36 tahun, seorang Jurutera dengan Lembaga Air Kelantan. Sebelum itu asalnya ialah bertugas dengan sebuah syarikat pemaju di ibu kota.

Ariffahmi 'join' PBMK sebagai COO (Ketua Pegawai Operasi) pada 2008 selepas berhenti dengan Air Kelantan. Perlantikannya sebagai CEO PMBK pada september 2009 kini telah menjadi satu isu besar dan tidak mustahil akan menjadi bahan kempen yang baik bagi UMNO/BN untuk menghentam PAS/PR.

Apabila ada 'news' tersebar yang Ariffahmi akan dilantik menjadi CEO di-PMBK, beberapa kumpulan dalam negeri Kelantan termasuklah beberapa pemimpin Pemuda PAS negeri telah menyatakan rasa bimbang dengan 'style' dan cara cara bekerja Ariffahmi ini. Kumpulan puak-puak UMNO lagi lahh...dan pernah pada pilihanraya kecil Manek Urai yang lalu, isu rumah Ariffahmi yang macam villa yang jauh benar berbeza dengan rumah pak mentuanya telah menjadi bahan kempen UMNO.

Lantikan itu akhirnya telah mengambil tempat, dan telah mengujudkan lebih banyak kontrovosi hingga ada kumpulan yang telah mempertikaikan perlantikan Ariffahmi sebagai CEO itu adalah kata putus hanya dari seorang, iaitu pak mentuanya TG Nik Aziz. Namun ada juga kumpulan yang telah mencabar kenyataan itu dengan mengatakan perlantikan Ariffahmi itu telah dibincang dan diluluskan oleh pihak Lembaga Pengarah PBMK.

Untuk mengujudkan satu keadaan yang lebih kelam kabut, MACC pun macam biasa lah sibuk dan kalut nak 'interprame'. Sehingga pagi ini tidak lah jelas MACC ni nak 'interpfame', nak buat dajal cara yang macam mana, samada MACC nak siasat perlantikan itu dibuat secara telus atau tidak atau pun MACC akan cari pasal dengan membuka fail-fail yang didapati ada elemen-elemen yang tak betul dalam perjalanan pengurusan PBMK.

Keadaan terus bertambah 'semak' bila Syed Azizi atau blogger 'kickdefella', seorang staff diPMBK telah di'kick' dan dikatok oleh Ariffahmi dan ditunjukan pintu keluar. Seorang lagi yang terpaksa berjalan keluar ikut pintu yang sama yang diguna 'kickdefella' ialah CFO (Ketua Pegawai Kewangan)Norizan Yaakob. Beliau tidak lah di'kick', cuma diarah untuk buat kerja lain ditempat lain.

Bila di-korek..korek..korek..kenapa dua orang ini telah di'kick' keluar, telah diberitahu yang kedua-dua orang ini telah membocorkan banyak maklumat-maklumat. Apa jenis maklumat dan kepada siapa dibocorkan, tidaklah diketahui.

Situasi Sheh 'kickdefella' ini yang kalau di'study' betul-betul agak komplek, komplek sebab gajinya dibayar oleh PMBK tetapi dia banyak menjadi pembantu khas dan melapur terus kepada Husam Musa.

Pemecatan 'kickdefella' oleh Ariffahmi boleh lah disifatkan sebagai satu langkah yang agak angkuh selepas ditabal menjadi CEO PMBK.

Pemecatan 'kickdefella' itu juga telah meletakan Husam Musa dalam keadaan yang bersimpang siur sebab semua orang tahu yang Ariffahmi dengan Husam Musa tak berapa berlaga angin.

Semua orang juga tahu yang Husam adalah anak emas TG Nik Aziz, tetapi macam yang orang puteh ada cakap, 'blood is often thicker than water', dan Husam dikhabarkan ada memberitahu kawannya yang,...bahunya sekarang sedang menanggung satu batu yang besar...


dollah yankee-
Ariffahmi ni memang 'raja parkon', umuq 36 anak dah enam beb..!

No comments:

Post a Comment