suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, November 05, 2009

And the winner is ...



Satu Malaya punya cina terkejut besaq selasa lepas. Cempedak tiba-tiba sudah bertukar menjadi nangka.

Chua Soi Lek yang sebelum ini dah 'geylong' macam Mat Pet tak dapat 'barang', tiba-tiba cergas dan bertenaga, dan seperti Mat Pet yang sedang 'gian ' tadi, yang baru saja selesai beberapa pam 'chase of dragon'.

Ini disebabkan tetiba sahaja ROS (pendaftar pertubuhan) telah menyerahkan semula topi biru no:2 cap bintang 14 yang telah dirampas sebelum ini kepada Soi Lek dan kegembiraan itu pula telah diiringi dengan gendang tarian naga pengumuman Ong Tee Keat yang telah mengarahkan empat AJK Pusat (CC) yang merupakan 'strategist' untuk Liow Tiong Lai yang dilantik Tee Keat setahun lalu supaya 'to go to hell'.

Apa yang gurkah politik di 'port', yang merupakan penganalisis politik yang tak ada opis nampak ialah, kini Tee Keat dan Soi Lek telah kembali mengikat MOU untuk membenam Liow Tiong Lai yang sebelum ini telah berusaha keras untuk melenyapkan Tee Keat dan Soi Lek daripada peta MCA.

Liow Tiong Lai yang kini macam pepatah melayu cakap 'patah sayap terbang jua' selepas 4 AJK Pusat yang disingkir itu yang merupakan sayap kiri dan kanan untuk Liow, akan menggunakan kuasa mahkamah untuk mencabar keputusan ROS itu.

Apa yang gurkah politik di 'port' nampak juga ialah, dengan perkembangan terkini dalam MCA ialah kemunculan kumpulan muda didalamnya (yang boleh buat parti orang melayu sakit kepala) dan juga begitu jelas menunjukan Chua Soi Lek sedang menggenggam MCA dengan cukup kuat.


dollah yankee-
dengan kuasa yang ada pada gurkah-gurkah politik di 'port', maka dengan ini mereka telah mengistiharkan bahawa pemenang dalam permainan politik wayang cina dalam MCA ialah Chua Soi Lek !!!

No comments:

Post a Comment