suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Friday, November 13, 2009

ADA BERANI?

Beranikah Najib mempertaruhkan kerusi DUN Kota Siputeh untuk melihat dan menguji sejauh mana konsep 1Malaysia yang dicipta dan digembar-gemburkan itu untuk dijadikan ukuran dan kajian sejauh mana penerimaan dan kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan Najib dan UMNO/BN dengan mengarahkan agar mahkamah menyebelahi Speaker DUN Kedah yang sedang menunggu keputusan yang akan dikeluarkan oleh mahkamah pada hari isnin ini.

Beranikah Anwar Ibrahim selaku 'kepala' kepada Pakatan Rakyat mahu melihat sejauh mana pengaruhnya dan Pakatan Rakyat dalam meraih sokongan selepas pelbagai isu dan pekara-pekara tidak baik tentang kepimpinan barisan Pakatan Rakyat yang telah dibangkit dan dimainkan oleh jentera-jentera UMNO/BN, dan selepas Pakatan Rakyat ditolak pada pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang yang baru lalu.

Beranikah pengundi-pengundi di-Kota Siputeh memberikan undi mereka pada Pakatan Rakyat untuk menyenangkan pentadbiran Pakatan Rakyat di negeri Kedah jika ditakdirkan keputusan mahkamah isnin nanti akan memihak kepada speaker DUN Kedah dan memaksa satu lagi pilihanraya kecil terpaksa diadakan.

Apakah pengundi-pengundi dan penyokong Pakatan Rakyat yang telah mengundi calon Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum Mac 2008 lalu akan membuat 'u-turn' pada undi mereka dengan mengundi calon UMNO/BN jika ada pilihanraya kecil nanti?

Apakah cukup kuat 'argument' oleh Sulaiman Abdullah peguam kepada Speaker DUN Kedah, Abdul Isa Ismail yang mahukan mahkamah mengistiharkan Abu Hasan bukan lagi ADUN Kota Siputeh dan kerusi itu kosong berikutan kegagalannya menghadiri sidang dewan dua kali berturut-turut pada April dan Ogos serta 'argument' Sulaiman agar mahkamah mengistiharkan, mengarah dan memanggil satu pilihanraya kecil berikutan artikal 51 undang-undang perlembagaan negeri Kedah yang jelas menyatakan...jika ada mana-mana wakil rakyat atau ADUN yang gagal hadir pada sidang DUN tanpa cuti dan kelulusan daripada Speaker untuk dua kali sidang dewan, maka kerusi itu dianggap telah kosong.

"It's the matter of whether Najib got guts or not" kalau di'translate' lebih kurang macam ni.."Kita lihat sama ada Najib ada teloq atau tak dak"

dollah yankee-
agak terkejut bila sorang 'opis boy' dipejabat lawyer memberikan hujahnya kepada gurkah-gurkah politik ini..."telah terjadi perkara pada artikel 51 undang-undang tubuh negeri kedah, oleh itu Abu Hasan selaku responden pertama tiada tempat untuk dia mengaku yang dia masih lagi ADUN Kota Siputeh !" ... wow !

No comments:

Post a Comment