suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Saturday, November 28, 2009

3 abdul dalam MCA

Perangai sesetegah pemimpin-pemimpin dalam parti cina MCA begitu menakjubkan. Mereka sepatutnya suloh diri mereka dalam cermin terlebih dulu sebelum membuat apa-apa kenyataan yang bercanggahan dalam mencari laluan untuk kuasa dan 'political survival' mereka.

Mereka menyoal ketelusan lawan-lawan mereka kerana sering 'flip-flop' dalam pendirian dan keputusan dalam isu yang timbul.

Dalam dunia politik, mana ada ahli politik yang cakap serupa bikin? Mana ada ahli politik yang tak 'flip-flop'? Mana ada ahli politik yang tak sering bertukar pendirian dan keputusan mengikut kepada sesuatu keadaan masa dan situasi?

'Flip-flop' dan sering berubah-ubah pendirian adalah perkara yang biasa sebagai seorang ahli politik. Tahap kejujuran seseorang ahli politik itu yang akan diambil kira untuk diterima atau pun tidak.

Hari ini, yang paling kuat mengutuk dan mengkeritik kepimpinan presiden dan Timbalan Presiden dalam MCA ialah Liow Tiong Lai, Wee Ka Siong dan Chew Mei Fun. Mereka juga kini sudah bergelar 3 abdul dalam MCA oleh perwakilan dan ahli-ahli MCA.

Sebelum EGM pada 10 haribulan Oktober lalu, semua AJK Pusat MCA (CC) termasuklah 3 abdul ini, telah berjanji akan bersama-sama sehidup dan semati dengan presiden dalam apa juga keputusan yang bakal diterima pada EGM 1 itu.

Tetapi bila keputusan EGM menunjukan yang perwakilan telah hilang kepercayaan kepada presiden, 3 abdul ini telah menuntut dan mendesak agar presiden melepaskan jawatan itu dengan serta merta sebagaimana yang telah diumumkanya sebelum EGM 1 itu. 3 abdul ini pula sudah 'flip-flop' dan tukar pendirian tentang janji-janji awal yang mahu sehidup semati dengan presiden sebagaimana yang dibuat sebelum EGM.

Apabila Ong Tee Keat cuba menggunakan kuasanya sebagai presiden dengan cadangan untuk memanggil EGM 2 untuk membolehkan AJK Pusat (CC) membuat keputusan sama ada mahu memanggil satu pemilihan baru untuk AJK Pusat (CC), tiga abdul ini membantah terang-terangan.

Bila 3 abdul ini dan yang lain-lain tidak bersetuju dan tidak mahu pemilihan ini seperti yang dirancang, presiden kemudiannya telah mencadangkan satu pelan perpaduan untuk menyatupadukan ahli-ahli parti bagi menghadapi pilihanraya umum yang akan datang.

Lagi sekali 3 abdul ini buat hal dengan menyoal dan mengkeritik secara terbuka tentang rancangan perpaduan itu dan terus menolaknya.

Apabila majoriti ahli-ahli parti mula menyokong pelan perpaduan yang dirancangkan ini dan rancangan pelan perpaduan ini pula mula dilihat sebagai satu penghalang untuk 3 abdul ini, abdul-abdul ini pula mula 'flip-flop' dan bertukar pendirian dengan meminta satu pemilihan baru dalam parti diadakan.

Memanglah itu hak 3 abdul ini untuk mencari jalan macam mana nak hidup dalam politik, tetapi carilah jalan yang elok dan bukan 'flip-flop' atau sekejab macam tu, sekejab macam ni.

3 abdul ini juga telah mendakwa yang mereka mendapat sokongan dan majoriti yang cukup untuk membolehkan satu 'fresh party election' tetapi pasal apa terhegeh-hegeh pergi berjumpa dan minta tolong dengan pemimpin UMNO? Akibatnya? sendiri tahu lah... sudah kena pancung...


dollah yankee-
mana ada law dalam dunia yang kita boleh lawan tokey? kalau lawan juga? kena pancung laa ...

No comments:

Post a Comment