suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Saturday, October 31, 2009

Undang-undang taik minyak!



Warganegara asing yang tinggal di-Malaysia dibawah program MM2H (Malaysia My Second Home) kini sudah boleh melabur dalam apa juga bidang perniagaan, kini mereka juga sudah boleh membawa ahli keluarga mereka yang sudah tua untuk tinggal bersama mereka dan mereka juga kini sudah boleh mendaftar anak-anak mereka disekolah-sekolah persendirian.

Warganegara asing ini juga kini sudah boleh bekerja dengan menggunakan visa MM2H, ini adalah sebahagian daripada garispanduan baru yang sedang diperkenalkan oleh kerajaan persekutuan untuk skim ini.

Kepada warganegara asing yang ingin berniaga juga kini sudah tidak perlu lagi mematuhi apa-apa juga syarat yang boleh menyusahkan mereka.


dollah yankee - habis lingkup 1Malaysia, last sekali, warga-warga asing ini nanti buat macam negara ni macam mak bapak depa punya ...

No comments:

Post a Comment