suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, October 04, 2009

Saya nak bunuh diri ...

Petang tadi ketika melepak di 'port' politik, seorang kaunselor sebuah kolej yang merupakan ahli 'port' telah meminta bantuan gurkah-gurkah untuk memberikan satu balasan kepada masalah yang dibawa oleh seorang penuntut kolej tersebut.

Bapa saya mempunyai sebuah syarikat yang besar, dan dia juga telah dianugerahkan berbagai gelaran oleh kerajaan Malaysia. Sejak dari zaman sekolah menengah, saya mempunyai kehidupan yang cukup selesa.

Saya bersyukur dengan apa yang telah diberi oleh kedua ibu-bapa saya kepada saya. Bagaimanapun saya tidak gembira, saya begitu sedih dan saya kecewa. Ini kerana bapa saya mempunyai hubungan yang sangat rapat dan baik dengan ramai ahli-ahli politik daripada parti yang memerintah negara iaitu UMNO/BN.

Pada zahirnya bapa saya memang kelihatan berkawan baik dengan ahli-ahli politik yang terkenal dari UMNO/BN ini, tetapi dia selalu juga mengadu kepada datuk dan ibu saya yang ahli-ahli politik dari UMNO/BN ini bukanlah ikhlas berkawan dengannya, apa yang mahu hanyalah wang milik bapa saya.

Untuk memastikan bisnes bapa saya 'survive', dia sentiasa terpaksa memberikan wang yang banyak kepada ahli-ahli politik dari UMNO/BN ini apabila mereka meminta dan sentiasa meminta seolah-olah tidak pernah cukup.

Bapa saya sentiasa merasa bersalah dan dapat merasakan yang satu hari nanti dia pasti akan dijadikan 'kambing hitam', akan ditangkap dan disumbat kedalam penjara.

Fikiran saya begitu runsing hingga mengganggu pelajaran saya. Ahli-ahli politik dari UMNO/BN ini sepatutnya menjadi pemimpin untuk negara kita, tetapi penglibatan mereka dalam rasuah sungguh kuat.

Ada ketikanya saya merasa ingin membunuh diri saja dari meneruskan kehidupan saya.

GADIS RUNSING

dollah yankee - tolong jawab untuk kaunselor ini...membunuh diri anda bukan jawapannya. Anda seorang yang baik, bapa anda pun bukanlah mangsa keadaan tetapi merupakan sebahagian daripada sistem itu. Untuk memastikan dia hidup, dia telah menyokong rasuah dan ini adalah salah sama sekali.

No comments:

Post a Comment