suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, October 18, 2009

Matinya seorang 'viking'

"Ini Viking sudah injured lahh.." itu lah ungkapan Ong Tee Keat kepada gurkah politik di'port' yang tugasnya akan menjaga Ong Tee Keat kalau beliau kesini (Penang), ketika menyambut Ong Tee Keat di airport kelmarin petang yang datang kesini atas satu urusan politik.

"Dia orang sudah main sama kita, dia orang makan sama kita hidup-hidup", Ong Tee Keat berkata semasa dalam kereta.

Ong Tee Keat merujuk kepada kawan-kawan nya yang menganggotai ahli majlis jawatankuasa pusat MCA yang telah menandatangani memorandum agar Tee Keat melepaskan jawatan sebagai presiden MCA selepas EGM khamis lalu.

"Hari khamis malam lepas meeting, dia orang juga yang suruh saya jangan berhenti, tapi kelmarin petang dia orang sudah cakap lain" Tee Keat terus merungut kepada gurkah ini.

"Ini semua orang paling atas punya cerita lah..dia sudah panggil itu Chinese Chambers of Commerce punya chairman suruh saya berhenti, ini dalam MCA, sapa mau jadi chief, ini Chinese Chambers of Commerce dia orang ada power cakap yes or no", Tee Keat mula pecah lubang kenapa dia yang mula-mula nak berhenti kemudian didesak oleh orang-orang beliau dalam jawatankuasa pusat MCA supaya terus kekal sebagai presiden dan kemudian mengubah pula pendirian mereka dengan menandatangani memorandum agar dia melepaskan jawatan itu.

"What is your next step Datuk?" gurkah ini menjolok Tee Keat untuk dapatkan maklumat. "Ini Chinese Chambers of Commerce suruh saya 'buka meja' bincang sama Liow Tiong Lai", kata Tee Keat.



dollah yankee-
dalam perjalanan ini juga gurkah ini cuba mengorek cerita PKFZ kerana ingin tahu berapa banyak yang pemimpin ada 'makan' dalam projek itu, tetapi gagal kerana Tee Keat banyak melarikan diri bercakap tentang isu PKFZ ini.

macam mana pun 'style' MCA ini memang macam 'gangster', buka meja kalau nak setel sesuatu hal.

No comments:

Post a Comment