suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, October 01, 2009

Kasi tabik sama Lim Guan Eng


Angin yang bertiup kencang sehingga 60 kph telah menyebabkan ombak besar sedang menghempas tembok Esplanade dan Gurney Drive yang menyebabkan percikan ombak itu setinggi 4.5 meter.

Lim Guan Eng yang baru saja hendak melabuhkan tidur semalam, terpaksa melupakan seketika hasrat itu selepas menerima berita tentang 'amaran tsunami' daripada Pusat Amaran Tsunami Pasifik berikutan dengan kejadian gempa bumi diSumatra semalam.

Belajar daripada pengalaman semasa menghadapi tsunami pada tahun 2004 dulu telah menyebabkan Guan Eng dengan segera pergi ke pejabat Meteorologi Negeri untuk mendengar dan mendapatkan maklumat dengan lebih terperinci.

Beliau dengan segera mengarahkan jentera-jentera pihak-pihak yang berwajib yang berkaitan diaktifkan untuk bersedia berdepan dengan sebarang kemungkinan.

Seorang gurkah politik di-'port' yang berkesempatan mengikuti kumpulan Guan Eng semalam telah bercerita bagaimana Guan Eng seperti seorang pengarah operasi memberikan arahan-arahan yang cukup bertepatan dengan keadaan suasana itu, umpamanya beliau telah mengarahkan diletakan satu pasukan pemerhati disepanjang pantai Batu Feringghi untuk melihat keadaan ombak dan laut yang pasang dan surut disamping mengarahkan pihak-pihak hotel berjaga-jaga untuk sebarang kebarangkalian.

Beliau juga tidak lupa kepada golongan nelayan-nelayan apabila mengingatkan mereka supaya mengikat bot masing-masing dipokok-pokok besar atau ditiang-tiang yang kukuh dengan tali yang kuat dan besar agar bot-bot mereka tidak dilarikan ombak besar dan kencang yang sedang bertiup.

Dia juga tidak lupa kepada keselamatan pengguna-pengguna yang sedang menggunakan jambatan pulau pinang ketika itu bila sahabat ini ada terdengar Guan Eng mengarahkan seseorang melalui telefon bila dia berkata tutup jambatan jika keadaan terpaksa.

Warga Pulau Pinang ingin tabik springg kepada Guan Eng diatas keperihatinan dan tanggung jawab beliau dan kerja kerasnya dalam memastikan keselamatan rakyatnya bilamana amaran tsunami ini dihidupkan.

dollah yankee- pagi ini gurkah-gurkah politik sudah hantar 'by-hand' satu kad ucap terima kasih pada Guan Eng.

3 comments:

  1. Abang Dollah, Thanks for the update that we will never get in Malaysia newspaper....

    ReplyDelete
  2. No problem my mann...i know that Guan Eng is really perform as the Yang Berkhidmat, no matter whether you cina,india or melayu.

    ReplyDelete
  3. perbezaan amat ketara antara guan eng dengan tsu koon...

    guan eng menjaga rakyat negeri ini walaupun berasal dari melaka.tsu koon asal penang tapi haram nak menjaga rakyat..

    ReplyDelete