suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Wednesday, October 28, 2009

Kahwin selepas 20 tahun mati

Seorang lelaki dan wanita yang telah mati dalam satu kemalangan jalan raya 20 tahun yang lalu telah berkahwin pada satu majlis perkahwinan di-dunia selepas mati, lapur akhbar Sin Chew Daily.

Zhang Yun Hu hanya berusia 18 tahun dan Li Jia Me pula berusia 20 tahun semasa mereka mati dalam satu kemalangan jalan raya kira-kira 20 kilometer dari Gua Musang dua dekad yang lalu.

Ibu Zhang, Huang Ya Yi, dilapurkan berkata kira-kira lima tahun dulu, dia telah bermimpi yang anaknya telah memberitahu yang dia telah berkahwin dengan Li jia Me dan mereka kini mempunyai dua anak di-dunia selepas mati mereka.

Selepas itu ibu Zhang, Huang, telah jatuh sakit dan tidak boleh berjalan dan ahli keluarga ibu Zhang telah dimaklumkan oleh seorang paranormal yang pasangan yang telah mati itu mahu keluarga mereka mengadakan majlis perkahwinan untuk mereka.

Ibu Zhang, Huang, tiba-tiba saja sembuh dari sakit dan kembali boleh berjalan selepas ahli keluarga beliau berbincang dengan ahli keluarga Li Jia Mei berkenaan dengan majlis perkahwinan yang akan diadakan itu.


dollah yankee - Foohhh ... Macam-macam !!!

No comments:

Post a Comment