suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, October 29, 2009

Jangan laa layan depa macam komunis

Parti pembangkang rujuk juga PR (Pakatan Rakyat), semenjak dua-menjak ni, nampak macam dok dapat layanan seolah-olah parti pembangkang PR ni macam komunis masa-masa darurat dulu daripada kerajaan yang sedang memerintah iaitu BN (Barisan Nasional).

Pembangkang atau PR ni bukan komunis.., depa ni cuma tak sehaluan dalam menyampaikan pendapat dengan kerajaan BN. Rakyat marhein dibawah ni anggap PR ni lebih kurang macam penasihat kepada kerajaan memerintah, sekurang-kurangnya kerajaan BN tak laa nak merepek lebih-lebih dan tak boleh nak buat gila dan tak boleh nak buat tak ketahuan dekat rakyat.

Kalau ikut buku.. sebuah negara tanpa parti pembangkang adalah negara diktator.., jadi.. takkanlah kita nak jadi macam tu kot? Semua main angguk-angguk saja!

Parti-parti politik yang telah rakyat pilih masa 'election', rakyat anggap telah bagi sepenuh kepercayaan untuk jaga setiap orang dari mereka dan berharap dapat memerintah dan mentadbir dengan penuh adil dan saksama untuk setiap orang, bukan jaga rakyat mana yang sokong BN saja.

Malaya ni sebuah negara demokratik, mana boleh kerajaan BN anggap parti pembangkang PR dan rakyat yang menyokong parti itu seolah-olah macam depa tu komunis. Depa pun rakyat yang ada hak yang samarata dengan rakyat-rakyat dan individu-individu lain dalam Malaya ni dalam kehidupan sehari-hari depa.

Allah Taala pun murka laa kalau cara perintah dok buat stail main pilih-pilih bulu !, kalau menurut istilah demokerasi, stail dan cara perintah jenis pilih-pilih bulu ni adalah sesuatu yang kejam.

Kalau ikut istilah sistem 'federalism' macam mana yang depa tulis dalam perlembagaan, kerajaan persekutuan mestilah menghormati rakyat yang telah memilih parti Pakatan Rakyat (PR) untuk memerintah kerajaan-kerajaan negeri mereka.

Dan dalam pada masa kerajaan-kerajaan negeri itu mestilah sedar bahawa kerajaan persekutuan adalah dibawah pentadbiran Barisa Nasional (BN).

Adalah sesuatu yang sangat tidak patut dan tidak bermaruah untuk kerajaan persekutuan menghukum negeri yang telah memilih parti pembangkang dengan menarik balik subsidi dan melewat-lewatkan benda-benda yang boleh segera diselesaikan.


dollah yankee -

Banyak projek yang depa(BN) dok cuba 'delay', pada hal projek ni semua dah 'approve' masa dekat-dekat nak 'election' dulu, tapi BN tak sangka depa nak kena!, jadi sekarang ni depa dok buat stail main tangguh-tangguh pulak !

No comments:

Post a Comment