suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Tuesday, October 06, 2009

Cerita Port Klang di Bagan Pinang



Selepas BN/UMNO menyedari dan mendapat maklumat mengatakan setengah daripada pengundi-pengundi DUN Bagan Pinang, yang telah memenangkan BN/UMNO pada PRU ke-12 dulu, yang merupakan penyokong tegar UMNO, yang juga merupakan pengundi atas pagar tidak akan keluar untuk mengundi kerana ingin menunjukan rasa tidak puas hati mereka terhadap calon yang tidak bersih itu, pengarah dan jentera-jentera PRK BN/UMNO mula sera sejuk nak demam.

Oleh kerana isu membenteras rasuah sudah tidak dibenarkan sebagai bahan kempen oleh jentera PRK BN/UMNO di-Bagan Pinang, mereka cuba pula menjolok pengundi dengan kempen-kempen yang kononya kerajaan PAS Kelantan dibawah Tok Guru Nik Aziz gagal membuat sebarang pembanggunan, tapi masih juga gagal untuk menarik perhatian.

Pagi ini gurkah-gurkah politik untuk BN/UMNO di-Bagan Pinang telah diarah untuk meng"nuetral"kan kepala otak pengundi-pengundi atas pagar ini dengan cerita ada ADUN dari PR akan melompat ke BN/UMNO.

ADUN PR yang dimaksudkan ialah Badrul Hisham Abdullah, ADUN PR di-Port Klang, yang dikatakan kepala otak dia ada sedikit masaalah sehinggakan dia tidak dapat berfikir dengan baik untuk membuat sesuatu keputusan, dimana kita semua juga sedang menunggu apa tindakan yang akan diambil oleh TS Khalid, yang dua bulan dulu mengatakan keputusan itu akan dikeluarkan selepas hari raya ini.

Dan pagi ini juga, gurkah-gurkah ini sudah mula menjalankan cucukkan jarum mereka dengan melancarkan cerita ADUN Port Klang ini sudah pun membuat isyarat awal utuk melompat bila gurkah-gurkah ini bercerita dia telah dilihat di sebuah majlis rumah terbuka aidil fitri Ketua UMNO Bahagian Klang, Datuk Mazlynoor Latif.

Gerak saraf gurkah-gurkah ini nampak macam mengena sebab ada enam tujuh pedengar-pendengar yang merupakan pengundi-pengundi di DUN ini sampai terngaga-nganga dengar cerita lompat ini.

Gurkah-gurkah ini berkata ini adalah kemunculan pertamanya selepas memencilkan dirinya dari penduduk-penduduk Port Klang setelah 'tidak berlaga angin' dengan pemimpin-pemimpin PR Selangor.

Badrul juga dikatakan tidak pernah lagi hadir pada mana-mana 'function' yang melibatkan pemimpin-pemimpin PR.

Antara puak-puak UMNO yang dilihat datang pada majlis rumah terbuka Mazlynor itu ialah Noh Omar dan Abdul Rahman Palil.

Badrul telah dilihat duduk satu meja bersembang sambil bergelak ketawa dengan senang hati bersama-sama dengan Mazlynor, Noh Omar, dan Rahman Palil.

Selepas Badrul melihat kemunculan wartawan-wartawan dan jurugambar pada majlis itu menghampiri meja mereka, dia dengan cepat-cepat memberi alasan mahu ke tandas dan terus menghilangkan diri dicelah-celah orang ramai.

Apa-apa pun cubaan untuk meng"neutral"kan beberapa kepala otak pengundi-pengundi ini dengan cerita lompat yang melibatkan Port Klang ini jelas gagal menarik perhatian mereka kerana mereka sedang menunggu kedatangan Anwar Ibrahim yang akan membuat satu kejutan besar pada penampilannya di-Bagan Pinang.

dollah yankee- kalau laa aku jadi Badrul, dan kunjungan ke rumah terbuka Mazlynor itu ikhlas untuk kunjungan aidil fitri dan mengeratkan siratulrahim sesama muslim, aku akan kerumah Mazlynor pada tengah malam, bila tidak ada siapa-siapa pun yang kenal.

No comments:

Post a Comment