suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Monday, October 05, 2009

Bagan Pinang: Sebenarnya BN/UMNO tak lena tidur





Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang sudah masuk hari ketiga kempen. Hari ini baru lah dapat dirasa bahangnya bila jentera-jentera pilihanraya BN/UMNO sudah mula menghadapi tekanan-tekanan disebabkan jentera-jentera pilihanraya dari PR/PAS sudah mula bergerak pantas.

Kalau sebelum hari penamaan calon kita digemburkan dengan kemenangan sudah pun dalam tangan BN/UMNO bila mereka sedang mendahului dengan kelebihan 4000 lebih undi pos dengan dicampur pengundi-pengundi UMNO Telok Kemang yang hanya mahukan Isa Samad menjadi calon dan mereka tidak mahu orang lain.

Tekanan BN/UMNO semakin meningkat bila gambar dan skrip sudah jadi lain macam, sudah jadi caca-merba bila rating Isa Samad mula menurun apabila pengundi-pengundi DUN Bagan Pinang yang atas pagar sudah mula menggunakan otak mereka untuk berfikir dan sudah mula memahami pengertian dan maksud "Calon Recycle" yang diperkenalkan, mereka juga sudah mula melihat merasakan 30% undi dari kaum cina dan India akan memihak kepada PR/PAS.

Tekanan pada BN/UMNO pada hari ketiga ini juga semakin memuncak bila 'lubang' Mat Hasan sudah pecah kerana cerita yang sebenar ialah UMNO negeri Sembilan tidak mahu Isa Samad dicalonkan, dan Mat Hasan sedang bermain wayang dan sudah menukar kenyataan bila dia mengatakan sebenarnya dialah yang mencadangkan nama Isa Samad selepas Mahyudin mengarahkan BN/UMNO perlu menjawab apa-apa juga isu yang dibangkitkan PR/PAS walau dengan apa cara sekali pun, sedangkan dua minggu dulu Mat Hasan dan Mahyudin lah orang yang paling lantang mahukan Telok Kemang menyenaraikan nama lain selain nama Isa Samad.

Tanpa disedari Mat Hasan, dia sebenarnya telah menambah sakit hati orang-orang UMNO Teluk Kemang bila dia berkata terpaksa mengitar semula calon disebabkan UMNO tidak ada lain-lain calon yang lebih layak dan boleh diharap.

Pengundi-pengundi Bagan Pinang juga pada hari ketiga kempen ini sudah mula pandai dalam memberi pandangan mereka dengan berkata mencalonkan anak tempatan sepertimana BN/UMNO mencalonkan Isa Samad juga bukanlah satu bonus kerana pengundi-pengundi sudah 'fedup' dengan BN/UMNO yan sedang memainkan sentimen calon anak tempatan untuk memancing undi.

Isa Samad juga sudah angin satu badan bila dua hari selepas kempen berjalan, BN/UMNO masih belum menunjukan tanda-tanda mereka akan mempertahankan integeriti Isa Samad sebagai seorang calon yang bersih dan bebas rasuah.

PR/PAS pula sudah bikin Isa Samad tambah panas, bila dalam kempen mereka, mereka telah berkata Isa Samad yang sering bermegah-megah dengan pencapaian pembanggunan yang dibuatnya selama lebih dari 20 tahun menjadi MB, sebenarnya 'habuk pun tarak' sebab sebuah pekan dalam DUN bagan Pinang tidak ada satu pun lampu jalan dijalan utama pekan Siliau itu.

"The Only" pembanggunan yang dibuat Isa Samad ialah, habis semua tanah-tanah dalam kawasan Port Dickson kena jual kononya atas nama pembanggunan.


dollah yankee- say NO to both Isa and ISA

No comments:

Post a Comment